• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaatkan Fintech Dalam Pengurusan Zakat, Wakaf

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa sarjana syariah untuk mengguna pakai teknologi baharu dalam keseluruhan kewangan Islam serta untuk menjangka bagaimana teknologi kewangan (Fintech) dapat dimanfaatkan bagi merevolusi kutipan zakat dan wakaf serta pengagihannya.

“Bayangkan buat seketika – dan tidak terlalu sukar untuk dilakukan – bayaran zakat boleh dikira dan dibuat menggunakan aplikasi telefon pintar, yang akan membolehkan pembayar membuat pilihan sumbangan yang disesuaikan dengan keutamaan peribadi mereka,” titah Nazrin.

Menurut baginda, pelaksanan sistem Fintech seumpama itu boleh dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak berkuasa agama dan zakat negeri.

“(Dengan itu), kewangan Islam boleh digerakkan dengan jauh lebih cekap, dengan cara yang lebih telus dan pada skala yang lebih besar, ” titah Nazrin dalam ucapan bertajuk ” Merealisasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Melalui Kewangan Islam “pada majlis makan malam meraikan Ulang Tahun ke-20 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia di sini, malam ini.

Oleh itu, Sultan Nazrin bertitah, pemodenan adalah satu-satunya cara ke hadapan untuk kewangan Islam bukan sahaja dari segi meningkatkan kecekapan, mencapai skala yang lebih besar tetapi juga mencapai tahap yang lebih global.

Sebagai contoh, instrumen kewangan Islam seperti zakat, sedekah dan wakaf mungkin mempunyai peranan yang penting dalam menangani, antara lain, krisis pelarian, titah baginda.

Menurut baginda, terdapat lebih 125 juta pelarian di seluruh dunia disebabkan, antara lain, kemusnahan alam sekitar akibat perubahan iklim kepada kekacauan dan penderitaan yang disebabkan pergolakan politik serta ketenteraan.

Bagaimanapun, tahap sumbangan sukarela semasa tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan asas sekalipun bagi semua penduduk ini, titah baginda.

Berdepan cabaran kekurangan dana yang melampau, Sultan Nazrin bertitah, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) kini sedang mendapatkan alat kewangan sosial Islam sebagai kaedah yang mungkin dapat menangani kekurangan tersebut dan mewujudkan pendekatan baharu dan unik untuk pembiayaan kemanusiaan.

Sumber pendanaan yang ditawarkan kewangan Islam boleh diguna untuk menyokong kerja-kerja pertubuhan seperti IFRC, bukan sahaja dalam memberi bantuan penting ketika krisis, tetapi juga menyediakan lebih banyak sokongan kewangan jangka panjang yang diperlukan untuk menggalak daya tahan dalam kawasan berisiko sebelum bencana berlaku, titah baginda.

Menurut baginda, zakat, wakaf dan sedekah telah lama diguna untuk membantu golongan miskin, berisiko dan melarat dalam pelbagai cara, contohnya dengan menawarkan akses kepada perumahan mampu milik, dengan meningkatkan taraf hidup, dan dengan melaksanakan kaedah yang lebih baik bagi penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Sehingga kini, beta berpendapat adalah adil untuk menyatakan bahawa pada peringkat global, sumbangan telah dikutip dan disalurkan melalui struktur yang tidak teratur dan tidak rasmi dan faedah telah diagih secara rambang, yang memerlukan sistem itu dimodernisasi, ” titah baginda.

Mengenai matlamat SDG dan kewangan Islam, Sultan Nazrin bertitah, terdapat ajaran yang terkandung dalam al-Quran dalam setiap satu daripada mereka (17 SDG), sambil menambah bahawa kitab suci itu menekankan pentingnya makanan, air, keselamatan dan jaminan, yang semuanya juga penting kepada SDG.

Matlamat utama SDG adalah untuk menghapus kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan kemakmuran untuk semua.
Sultan Nazrin bertitah, jelas bahawa instrumen penting kewangan Islam – daripada sumbangan zakat dan wakaf kepada insurans takaful dan bon sukuk – dengan mudah boleh diarahkan ke matlamat terbabit.

“Ternyata sudah ada beberapa contoh yang sudah dipraktikkan. Beberapa bon sukuk Pelaburan Bertanggungjawab Sosial (SRI) telah ditubuhkan yang menyokong matlamat SDG,” titah baginda.

Sebagai contoh, menurut Sultan Nazrin, GAVI atau Sukuk Perikatan Vaksin yang membiayai program imunisasi di negara-negara termiskin di dunia, juga menyokong SDG yang bermatlamat untuk “kesihatan baik dan kesejahteraan” untuk semua, manakala Sukuk SRI Khazanah, membiayai sekolah di Malaysia, mempromosi SDG mengenai “pendidikan berkualiti” sebagai “asas untuk meningkatkan kehidupan penduduk.”

GAVI adalah kerjasama awam-swasta untuk kesihatan global yang komited untuk meningkatkan akses kepada imunisasi di negara miskin.

Sukuk hijau pertama di dunia diterbitkan di Malaysia sebagai satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dengan Bank Dunia.

“Beta berharap ia akan menjadi pemangkin untuk lebih banyak lagi, bukan sahaja di Malaysia tetapi di semua negara Islam, dengan tujuan untuk menyumbang kepada SDG, seperti mengenai “tindakan iklim” dan melindungi kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di laut dan juga darat,” titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

Tags: Sultan Perak Sultan Nazrin ShahZakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bandaraya Kuching Dicadang Seorang Datuk Bandar

Next Post

Terengganu Jalani Latihan Di Thailand Hadapi Sukma 2018

Related Posts

Bakal Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur

Polis Teruskan Siasatan Suami Isteri Disyaki Seleweng Wang Zakat RM9.62 Juta

15/01/2024
0

Ipoh: Polis masih meneruskan siasatan kes suami isteri yang disyaki menyeleweng wang kutipan zakat berjumlah RM9.62 juta biarpun mereka sudah...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

05/07/2022
0

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat...

Next Post

Terengganu Jalani Latihan Di Thailand Hadapi Sukma 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd