• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Gentar Pejuang Hak Umat Islam Di Palestin

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Biarpun pendirian Malaysia menolak sekeras-kerasnya tkeputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel akan memberikan kesan sedikit sebanyak tehadap ekonomi negara, namun Malaysia tidak gentar dalam usaha memperjuangkan hak umat Islam di Palestin.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata kerajaan bersikap tegas dalam pendirian demi menyelamatkan Baitulmuqaddis daripada dikuasai Israel kerana ia adalah tempat suci ketiga umat Islam.

“Malaysia berdagang dengan pelbagai negara seperti Jepun, China, Eropah, dan negara-negara Asia yang lain, bukan hanya dengan Amerika Syarikat. Jadi kita tidak perlu risau dengan ekonomi negara ini asalkan kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai sebuah negara Islam.

“Kita (Malaysia) telah nyatakan pandangan kita untuk menolak pengiktirafan tersebut dalam pelbagai platform seperti di negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita tidak perlu risau kesan penolakan tersebut terhadap ekonomi kita dan sebagai sebuah negara Islam, kita tidak boleh berdiam diri,” katanya kepada pemberita selepas Program Town Hall bagi mendengar permasalahan penduduk dari sekitar Jerlun di Kodiang dekat sini hari ini.

Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal melalui pengundian 128 negara menolak keputusan AS itu dan sembilan negara menyokong

Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata kerajaan menentang sekeras-kerasnya tindakan itu yang mencemarkan imej Islam. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd