KUALA LUMPUR – Malaysia, yang akan menganjurkan Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) tahun depan, boleh menjadi wadah inisiatif berkaitan penambahbaikan perancangan bandar dan tindakan, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau berkata WUF9 menjadi relevan khusus bagi pemantauan pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu yang diterima pakai pada Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Perumahan dan Bandar Lestari (Habitat III) pada 2016 di Quito, Ecuador.
“Sumbangan dan penglibatan Kuala Lumpur dan Malaysia in this debate would bring new perspectives and experiences as well as increase awareness to the role of cities and human settlements, including rapid urbanisation, and their impact on cities, communities, economies and climate change,” she said.
Halimah berkata demikian pada Sesi dengan Kedutaan dan Badan Antarabangsa semasa sarapan pagi yang dianjurkan sempena WUF9, yang dijadualkan berlansgung dari 7 hingga 13 Feb, 2018.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalan ketua setiausaha kementerian Zamri Salleh.
Bertemakan “Cities 2030, Cities for All: Implementing the New Urban Agenda”, WUF9 akan menjadi sesi pertama memberi fokus kepada pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu.
Komitmen Agenda itu termasuk memastikan pembangunan bandar mampan bagi inklusi sosial dan membasmi kemiskinan; kesejahteraan bandar yang mampan dan inklusif dan peluang-peluang untuk semua; dan pembangunan bandar yang mampan dan berdaya tahan dalam konteks alam sekitar. – BERNAMA