• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Amal Sekularisme Jika DAP Menang PRU

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi negara berteraskan sekularisme jika DAP yang dominasi Pakatan Harapan menang di peringkat Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Konsep sekularisme ‘Malaysia Malaysian‘ DAP termasuk membolehkan bukan Islam menjadi ketua negara yang bercanggah dengan ketetapan Islam iaitu negara Islam mesti diperintah oleh golongan muslim.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda sekularisme itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang jika menang sudah pasti pemimpin Melayu Muslim yang akan menjadi ketua Kerajaan Pusat dan negeri.

“PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan di dalam Perlembagaan Negara yang sudah merdeka.

“PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sahaja sekadar simbol, maka mestilah ditadbir negara berkonsepkan Islam yang melantik ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS tidak semestinya perlu menjadi ketua kerajaan, bahkan boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan berta’awun dengan ketua negara yang menerima Islam dan melakukan perubahan positif untuk agama Islam.

Kata beliau, Sirah Nabawiyyah menunjukkan Raja Habsyah bergelar Najasyi menerima Islam dan menjadi penganutnya dan Rasulullah S.A.W mengekalkan takhtanya.

Tambah beliau, begitu juga kedudukan Raja Oman dan Raja Bahrain yang menganut Islam setelah menerima surat Rasulullah S.A.W, semuanya tidak dipecat atau dijatuhkan takhtanya.

Justeru, katanya, PAS boleh menerima DAP jika menerima Islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan sistem serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syarat-syaratnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd