• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Perlu Izin Staf Wanita Cuti Bersalin 90 Hari

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majikan di sektor swasta boleh disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya memberhentikan pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa rakyat atau individu mempunyai hak sama rata dalam mengamalkan kehidupan termasuk alam pekerjaan.

“Walaupun masih tiada klausa khusus menyatakan (majikan swasta tidak boleh berhentikan pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari), kita harus pegang undang-undang utama iaitu Perlembagaan Persekutuan.

“Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja wanita hamil, mereka telah memberi banyak sumbangan dan majikan pula hidup dibantu pekerja sendiri.

“Sekiranya ada berlaku tindakan majikan memberhentikan pekerja wanita kerana mengambil cuti 90 hari, laporkan perkara itu dan kementerian akan melakukan siasatan,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas mengumunkan cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.

Ismail berkata cadangan cuti bersalin 90 hari dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pertama melibatkan sesi libat urus dengan mendapat pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan.

Fasa kedua pula ialah dengan melakukan pindaan ke atas Seksyen 37 Akta Kerja 1995, Seksyen 83 Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Seksyen 84 Ordinan Buruh Sarawak Bab 76, katanya. – BERNAMA

Tags: cuti bersalin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

21/12/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd