Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Baling Dilanda Banjir Kilat...

BALING - Lebih 1,000 penduduk dari 51 buah rumah membabitkan lima buah kampung...

Pelajar Pusat Kemahiran Maut...

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar sebuah pusat latihan kemahiran maut apabila motosikal ditunggangnya...

Lebih 260,000 Anak Penyu...

KUALA TERENGGANU - Projek Konservasi Penyu yang dilaksanakan Jabatan Perikanan Terengganu berjaya melepaskan...

Bangsa Johor: Tun M...

PETALING JAYA - Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI) menyokong konsep Bangsa...

Mahfuz Umum Keluar PAS, Mungkin Sertai PAN?

ALOR SETAR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar PAS setelah bersama-sama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu yang berkuat kuasa tengah malam ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pada masa ini belum lagi memutuskan untuk menyertai sebarang organisasi politik tempatan sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya sendiri yang tidak dinyatakan tempoh waktunya itu.

“Saya masih dalam tempoh ‘bertenang’ dan masih belum putuskan untuk sertai mana-mana parti politik yang lain. Sebelum ini, saya turut pernah mendapat pelawaan untuk menyertai DAP selain PPBM dan PAN,” kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. Pengumunan terbaharu itu bakal menyaksikan wakil PAS kini tinggal 13 sahaja di Dewan Rakyat selepas enam anggotanya menyertai PAN pada 2015.

Langkah Mahfuz, 60, yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah selama tiga tahun itu, memang dijangka ramai penganalisis politik tempatan kerana sejak tahun lalu sering mengkritik kepimpinan parti berkenaan sendiri.

Malahan beliau beberapa kali menghadiri program anjuran Pakatan Harapan termasuk perhimpunan haram blok itu tetapi ironi pada masa sama, Mahfuz mendakwa tidak akan keluar PAS waima dihalau oleh pihak parti tersebut.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi PAN negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan beberapa pemimpin daripada DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini.


Bekas Naib Presiden PAS itu memberitahu, beliau akan menghantar surat rasmi keluar parti itu kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan melalui e-mel pada hari ini dan berkuat kuasa pada pukul 11.59 malam ini.

“Tindakan ini diambil berdasarkan perlembagaan PAS iaitu Fasal 15 (2) untuk saya berhenti daripada menganggotai PAS,” kata Mahfuz lagi yang sudah menjadi wakil rakyat di Kedah selama tiga penggal bermula sejak 1999.

Menurutnya. beliau namun akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen bebas kerusi Pokok Sena itu sehingga satu pengumuman rasmi yang akan dibuatnya dalam tempoh terdekat ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori