• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lionhorn Labur RM1.4 Bilion Visi 2025 McD Malaysia

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lionhorn Pte Ltd, pemegang Lesen Pembangunan (DL) bagi operasi McDonald’s Malaysia dan Singapura, berkata ia melabur sebanyak RM1.4 bilion untuk menyokong Visi 2025 McDonald’s Malaysia.

Rakan Pengurusan bagi Singapura/Malaysia, Abdulrahman Alireza berkata pelaburan kewangan itu untuk membantu meningkatkan jumlah rangkaian McDonald’s Malaysia daripada 265 pada masa ini kepada 450 di seluruh negara menjelang 2025.

“Kira-kira 10,000 pekerjaan baharu akan diwujudkan dengan pelan itu.

“Kami melihat potensi pertumbuhan bagi pasaran Malaysia dan Singapura. Kami komited dan gembira menjadi sebahagian daripada dunia ini,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Keluarga Alireza merupakan antara keluarga perdagangan tertua dan dihormati di Arab Saudi, dengan Haj Abdullah Alireza Company ditubuhkan pada 1956.

DL bagi operasi McDonald’s Malaysia dan Singapura diberikan kepada kumpulan Arab Saudi, Lionhorn pada 1 Dis tahun lepas.
Abdulrahman berkata Lionhorn komited untuk memastikan McDonald’s Malaysia dan Singapura terus menyediakan produk halal dalam menu mereka yang menarik.

McDonald’s Malaysia kini mempunyai 12,000 pekerja di 265 restoran, dan memberi perkhidmatan kepada 13.5 juta pelanggan setahun.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata perbelanjaan modal sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan untuk tahun depan.

“50 peratus daripada perbelanjaan modal itu bagi pembukaan 14 restoran baharu, 30 peratus bagi pembentukan semula rangkaian sedia ada dan 20 peratus bagi teknologi dan pembinaan kapasiti.

“Dari sekarang hingga 2019, RM363 juta sebagai perbelanjaan modal bagi 30 restoran baharu dan pengubahsuaian atau pemodenan 80 rangkaian. Pertumbuhan organik dalam tempoh itu akan menyaksikan 2,000 pekerjaan baharu diwujudkan,” katanya.

Azmir berkata bagi tahun ini, McDonald’s Malaysia mempunyai keupayaan untuk mencapai jualan tertinggi dalam sejarah selama 35 tahun di negara ini.

“Bagi 2017, pertumbuhan jualan sebanyak 22 peratus tahun ke tahun dijangka, dan kami mengunjurkan pertumbuhan jualan yang kukuh bagi 2018 dan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: McDonald's
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prospek Pelaburan Malaysia Kekal Positif

Next Post

Dekati Pengundi Muda Dengan Sentuhan Peribadi

Related Posts

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

‘Dia Bawa Lori Macam Mana Man, Itu Ayah Kau…’

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

25/03/2024
0

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu...

Next Post

Dekati Pengundi Muda Dengan Sentuhan Peribadi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd