• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Ditahan Edar Dadah Dalam Paket Minuman

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima warga Vietnam termasuk tiga wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah dalam peket minuman yang dianggar bernilai RM57,000 di dua lokasi sekitar Lembah Klang pada Jumaat lepas.

Dalam kes pertama, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam berusia lingkungan 23 dan 54 tahun di sebuah kondominium di Jalan Pria, Taman Maluri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata hasil penahanan suspek, polis menemukan sebuah kotak berisi 60 peket plastik kecil warna hijau bertulis ‘jus limau’ disyaki berisi serbuk ekstasi seberat 1,200 gram.

“Polis turut menemukan dua kotak putih yang berisi cecair disyaki syabu seberat 65.1 gram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua suspek mempunyai pertalian dalam sindiket mengedar dadah sintetik di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Adnan berkata kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM12,000.

Susulan penahanan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam masing-masing berumur 35 dan 43 tahun itu di sebuah hotel di Kuchai Lama serta merampas dua peket ‘jus limau’ berisi dadah jenis serbuk ekstasi seberat 40 gram.

Adnan berkata hasil soal siasat terhadap suspek, polis telah menyerbu sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park dan menahan seorang lagi wanita warga Vietnam berumur 21 tahun serta merampas antaranya dua peket syabu seberat 74 gram, 500 biji pil ekstasi seberat 200 gram serta satu botol minuman kordial disyaki berisi serbuk ekstasi seberat 511 gram.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek mempunyai pertalian dalam sindiket pengedaran syabu, ketamin dan air minuman kordial di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini dan disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah barang kes dianggarkan bernilai RM45,000. — BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Pemuda Ditahan Di Pakistan Memencilkan Diri

Next Post

Elak Ke Laut Buat Sementara Waktu – TLDM

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Elak Ke Laut Buat Sementara Waktu - TLDM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd