• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditemui Mati Ditikam

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETRA JAYA – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman senjata tajam di dadanya di Kampung Tupong Batu, di sini, petang semalam.

Mayat mangsa, Mohd Rahzib Kawi, 29, ditemui oleh sepupunya di depan rumahnya pada jam 4 petang.

Sepupunya yang hanya dikenali sebagai Nor Raizan berkata, ketika dijumpai, mangsa sudah kaku dan beliau segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Saya jumpa dia terbaring di depan rumahnya dengan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Turut terkilan dengan kejadian itu, abang mangsa yang enggan namanya disiarkan.

“Akhirnya dia (Rahzib) ‘pergi’ selepas beberapa kali mencuba (bunuh diri) sebelum ini tetapi tidak berjaya.

“Saya tidak menyangka cubaan kali ini sehingga dia menemui ajalnya,” katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh sejak kebelakangan ini.

Hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa, pihak perubatan mengesahkan terdapat tiga kesan tikaman yang dalam pada bahagian dada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian itu.

“Saya ada dimaklumkan tentang kejadian itu dan mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Pesakit Mentaltikam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perhimpunan Agung UMNO 2017 Bermula Hari Ini

Next Post

Bekas Presiden Yaman Maut Dibedil Houthi Syiah

Related Posts

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

12/04/2025
4

SUNGAI SIPUT - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah...

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

27/11/2024
0

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya...

Next Post

Bekas Presiden Yaman Maut Dibedil Houthi Syiah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd