• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Tumbuk, Ugut Ibu Kandung

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Demi mendapatkan wang ganti rugi rumah yang telah diubah suai berjumlah RM40,000, seorang anak sanggup menumbuk serta mengugut ibu kandungnya dengan memegang sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berumur 48 tahun itu bertindak demikian ketika meminta wang berkenaan di rumah ibunya di Simpang Tiga, Ulu Dedap, Kampung Gajah di sini kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.

Beliau berkata si ibu berusia 67 tahun mengalami bengkak di pipi kiri dan lidahnya sakit akibat ditumbuk oleh anaknya kerana gagal memberikan wang tersebut.

“Suspek meminta duit dengan memarahi ibunya biarpun wanita itu telah memberitahu bahawa dia tidak mempunyai duit.

“Suspek juga menyuruh ibunya memberi duit sewa bendang kepadanya tetapi wanita itu memberitahu sekiranya duit itu diberikan dia tidak mempunyai wang untuk makan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata suspek yang merupakan anak sulung kepada mangsa turut mengambil sebilah parang dan mengugut mangsa dengan mengatakan “nyawa kome aku ambik, ingat” sebelum beredar dari rumah terbabit.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri dan tinggal bersama ibunya telah membuat beberapa pengubahsuaian rumah menggunakan duitnya sebelum dihalau dari rumah itu selepas memarahi ibunya.

Beliau berkata selepas kejadian itu wanita terbabit membuat laporan polis dan anaknya ditahan polis di jalan besar hadapan Balai Polis Jejawi di sini, kira-kira pukul 6.30 petang hari yang sama.

“Kita turut merampas sebilah parang yang dipegang suspek semasa mengugut ibunya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohamad Zainal berkata lelaki itu direman empat hari mulai hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: tumbuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

11/03/2024
0

JOHOR BAHRU - Tular video dalam media sosial memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka...

Warga Emas Tumbuk Polis Trafik

15/03/2022
0

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas bukan sahaja memandu secara berbahaya tetapi turut bertindak biadap apabila menumbuk anggota polis yang bertugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd