• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Rampas Syabu, Heroin RM24,300

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas heroin serta syabu bernilai RM24,300 dalam serbuan di rumahnya di Jalan Pantai, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Nor berkata bertindak hasil risikan dan intipan, sepasukan polis menyerbu rumah lelaki berusia 34 tahun itu kira-kira 5 pagi dan menahan suspek.

“Pemeriksaan dalam rumah lelaki yang bekerja sebagai buruh itu, polis menemui dua paket heroin seberat 310 gram (g) dan tiga paket syabu seberat 70g. Semuanya bernilai RM24,300,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan, lelaki itu mendapat bekalan dadah daripada sindiketnya sebelum membungkus semula dan menjual kepada pembeli di sekitar Butterworth sejak beberapa bulan lepas.

Katanya lelaki yang turut positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Noorzainy berkata polis turut menyita sebuah motosikal milik suspek dan beberapa barangannya untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pengedar dadah dan merampas 14 bungkusan kecil heroin di Taman Impian, Alma di sini semalam.

Katanya polis yang sedang melakukan rondaan di situ menahan lelaki yang sedang menunggang motosikal itu pada 7 malam dan pemeriksaan menemui dadah bernilai kira-kira RM10,000 tersebut.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu baru mendapatkan bekalan dadah dan dalam perjalanan untuk menghantar kepada pelanggannya. Polis kini sedang kesan sindiket pengedaran dadah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama tujuh hari dan dia juga positif dadah. – BERNAMA

Tags: ACP Noorzainy Mohd NorheroinSyabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Demi Angelina Jolie, Wanita Ini Sanggup Digelar Zombie

Next Post

Penceramah, Guru Agama Perlu Tauliah Mengajar Islam

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

‘Ah Boy Ambil Syabu Sebelum Buat Jenayah’ – Polis

‘Ah Boy Ambil Syabu Sebelum Buat Jenayah’ – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Penjenayah digelar Ah Boy yang ditembak mati oleh polis di Pulau Ketam, Klang, pada Selasa lalu, dipercayai mengambil...

Next Post

Penceramah, Guru Agama Perlu Tauliah Mengajar Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd