• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dikelar, Rantai Emas Dilarikan

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan cedera di bahagian leher dan bahu akibat dikelar dua individu dalam kejadian samun di pangsapuri Blok 10, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang sedang menunggu lif di pangsapuri berkenaan didatangi dua suspek yang dikenali sebagai ‘Ravi’ dan ‘Tamil Aresen’ dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata akibat serangan mengejut itu, mangsa yang berumur 44 tahun tersebut terjatuh dan tidak mampu mempertahankan diri.

“Seorang daripada suspek memegang tangan, memeluk mangsa dari belakang dan terus mengelar leher serta bahu mangsa.

“Suspek juga disyaki merampas rantai leher warna keemasan milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM10,000. Mangsa cuba melawan suspek tetapi gagal. Kedua-dua suspek terus melarikan diri sebaik sahaja melihat mangsa berdiri,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Zani berkata mangsa kemudiannya menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan membawanya ke hospital berdekatan.

Beliau berkata usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: kelar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

10/06/2025
0

TANGKAK: Penganggur yang ditahan selepas disyaki mengelar leher isterinya hingga mati minggu lalu serta melakukan khianat dengan api terhadap keluarga mentua, akan...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd