• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Diburu Hampir Setahun Berjaya Ditahan Polis

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes melepaskan tembakan bagi mengugut seorang ahli perniagaan di rumahnya di Jalan Ismail Cik Mat, di sini Januari lepas, berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di Jalan Patani, di sini kira-kira pukul 8.45 pagi.

“Selepas hampir setahun kami memburu lelaki yang memang dikehendaki polis bersabit beberapa kes jenayah, dia akhirnya berjaya ditahan semalam dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripadanya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi 10 Jan lepas, mangsa yang hendak menghantar anak perempuannya ke sekolah menjumpai beberapa kelongsong peluru di bahagian luar rumahnya.

“Lelaki itu kemudiannya memeriksa pintu masuk rumahnya dan mendapati kesan tembakan pada dinding serta pintu masuk dan bahagian ruang tamu kediaman yang dihuni bersama keluarganya,” katanya.

Anuar berkata selepas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya, mangsa mendapati ada dua lelaki menunggang sebuah motosikal berhenti di hadapan kediamannya kira-kira pukul 5 pagi.

Katanya seorang daripada lelaki itu kemudiannya turun dari motosikal dan melepaskan tembakan ke arah rumah mangsa dipercayai untuk mengugut ahli perniagaan itu.

“Mangsa dan keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan malah menyangka bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun dan hanya mengetahui ia tembakan pistol selepas terjumpa kelongsong peluru,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman sehingga 21 Dis ini untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya usaha mengesan rakan lelaki itu yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian berkenaan giat dijalankan. – BERNAMA

Tags: ditahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buruh Dihukum Penjara 11 Bulan Miliki Dadah

Next Post

“Kami Sekeluarga Tertekan” – Bapa Murid 11 Tahun

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post

"Kami Sekeluarga Tertekan" - Bapa Murid 11 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd