• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bakar Dua Isterinya Kerana Ibunya Tak Suka

oleh Ahmad Albab
22/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU dah nak jadi ‘anak mak’ baik jangan kahwin. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang tergamak membakar dua isterinya hanya semata-mata disebabkan ibunya tidak suka pada mereka.

Dalam kejadian itu, Deepa Ram telah menipu dua isterinya, Daria Devi, 25, dan Mali Devi, 27, kononnya mahu keluar berjalan-jalan dan membeli barang kemas di Rajasthan, India.

Daria dan Mali apa lagi, terus mengikut suami mereka kerana gembira akan diberikan barang kemas.

Malangnya setiba di tepi jalan, dia telah mengunci mereka dari luar kereta, lalu membakar kenderaan terbabit.

Deepa akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia yang melakukan jenayah itu disebabkan isteri-isterinya itu gagal membahagiakan ibunya.

“Ketika dalam kereta, Deepa telah bergaduh dengan Daria dan Mali sebelum dia menghentikan kereta di tepi jalan.

“Salah seorang daripada isterinya berjaya keluar dari kereta untuk meminta tolong namun Deepa cepat-cepat menolaknya masuk ke dalam kereta dan kemudian memandu kereta itu ke tempat lain.

“Tidak lama kemudian, ketika berada di jalan yang sunyi, dia keluar dari kereta itu dan mengunci pintu kereta dari luar.

“Ketika itu Daria dan Mali berada di dalam kenderaan itu. Deepa kemudiannya menyalakan api dan membakar kereta tersebut,’’ kata polis.

Mungkin kini dengan kematian Daria dan Mali, ibu Deepa akan gembira walaupun Deepa sendiri akan masuk penjara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

Iran Tangguh Hantar Duta Ke Sweden Tanda Protes Insiden Bakar al-Quran

02/07/2023
0

DUBAI: Iran menangguhkan untuk menghantar duta baharu mereka ke Sweden sebagai protes terhadap pembakaran al-Quran di luar sebuah masjid di...

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Sambung Lima Hari

Reman Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Sambung Lima Hari

29/05/2023
0

KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd