• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LAP Badan Negeri Pertama Terima Sijil Pematuhan Saga

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) menjadi badan berkanun negeri pertama di negara ini menerima Sijil Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (SAGA).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata LAP menerima sijil tersebut pada Majlis Penganugerahan Sijil Pematuhan SAGA 2017 di Pulau Pinang pada 22 Nov lalu.

“Pengiktirafan ini menunjukkan pengurusan akaun LAP baik, (LAP) tidak berada dalam keadaan hutang yang serius, malah LAP juga merupakan sebuah lembaga air yang mempunyai pengurusan terbaik di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat LAP di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata sehingga 28 Nov lalu, sebanyak 11,502 keluarga miskin dan 1,953 rumah ibadat menerima subsidi air daripada LAP.

Selain itu, agensi tersebut turut mengadakan 33 projek tanggungjawab sosial korporat melibatkan 166 rumah dan sebuah sekolah agama sepanjang tahun ini setakat ini.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri bertindak tegas terhadap kes mencuri air tujuan penternakan dan perkilangan yang berlaku di negeri itu.

“Ada dua kes (curi air) yang masih dalam perbicaraan mahkamah antaranya melibatkan ladang penternakan ayam secara haram ​​​​​​ dan ada beberapa kes yang masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut Zambry, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kes sedemikian kerana ia menjejaskan sumber pendapatan LAP selain menafikan hak penduduk di kawasan yang berkenaan untuk mendapatkan sumber air yang baik.

“Kecurian air menyebabkan berlaku tekanan air rendah di sesuatu kawasan kerana kecurian ini membabitkan kuantiti (air) yang banyak. Kecurian air juga menjejaskan pendapatan LAP… sebagai contoh, kilang besar jumlah penggunaan air kira-kira RM100,000 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd