• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lamborghini Lancar SUV Pertama, Terpantas Di Dunia

oleh
06/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja jenama Lamborghini, tentu terbayang barisan model kereta lumba mewah diasaskan di Itali sejak 1963 sebelum kemudian dimiliki gergasi automotif Volkswagen dan Audi dari Jerman.

Namun media antarabangsa semalam melaporkan pengeluar sports car dan super-car terkemuka Eropah itu tampil melancarkan model pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bakal memasuki pasaran global pada tahun depan.

Dikenali sebagai Urus bersempena nama sejenis spesies lembu gergasi yang telah pun pupus sejak abad ke-17, model SUV tersebut malahan dikatakan paling pantas di dunia dengan kelajuan maksimum 305 kilometer sejam (km/j).

Sebenarnya Lamborghini pernah mengeluarkan model SUV kecil dikenali sebagai LM002 pada 1986, tetapi ia gagal apabila cuma berjaya dijual sebanyak 328 unit kerana bentuknya seperti trak ringan berkotak dengan empat pintu.

Pengeluaran model itu yang turut digelar sebagai Rambo Lambo kerana pernah digunakan sebagai kenderaan lasak tentera akhirnya terpaksa dihentikan pada 1993 meskipun dikuasakan dengan enjin V12 dan berkelajuan 210 km/j.

Bagaimanapun model Urus kali ini nyata lebih kemas rekaannya setanding dengan pelbagai SUV jenama popular Jepun, iaitu Honda, Toyota dan Nissan selain Hyundai dari Korea Selatan atau Ford dari Amerika Syarikat (AS).

Dikuasakan enjin V8 turbo kembar, Urus dijangka melonjakkan sekali ganda pengeluaran kenderaan Lamborghini kepada 7,000 unit setahun berdasarkan trend pengguna mulai gemar model SUV khasnya mereka yang berkeluarga.

Apa agak menarik, Urus boleh dibawa seumpama kenderaan pacuan empat roda malah ada enam mode pemanduan yang disebut sebagai Strada (jalanan), Sport (sukan), Corsa (litar), Sabbia (pasir), Terra (darat) dan Neve (salji).

Ini bermakna ia sesuai dipandu dari dataran tandus bersalji tebal di Siberia timur jauh Rusia membawa kepada gurun panas Sahara di utara Afrika selain menempuh kesesakan jalan berliku di Saks Fifth Avenue, New York, AS.

Model SUV ini bakal dipasang di sebuah kilang canggih Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali dan akan dijual di pasaran seluruh dunia pada harga tawaran 187,389 euro (kira-kira RM898,663). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lamborghini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lamborghini Disita JPJ Kerana Tiada Cukai Jalan, Guna Nombor Plat ‘Fancy’

Lamborghini Disita JPJ Kerana Tiada Cukai Jalan, Guna Nombor Plat ‘Fancy’

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Sebuah kereta mewah jenis Lamborghini disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati melakukan beberapa...

Polis Sita 5 Lamborghini Dipandu Secara Berbahaya

Polis Sita 5 Lamborghini Dipandu Secara Berbahaya

31/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Polis menyita lima Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, selepas rakaman video memaparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd