• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurangkan Hubungan Dengan Amerika Syarikat

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa digesa mengurangkan hubungan dengan Amerika Syarikat ekoran keputusan Presidennya Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ketua Diaspora Hamas Dr Maher Salah berkata kerajaan yang menentang keputusan itu juga boleh menghentikan pelaburan di negara-negara yang menerima langkah Trump itu.

“Dan terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin. Buku mengenai nasib rakyat Palestin juga boleh disediakan di sekolah-sekolah dan universiti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Salah berharap keputusan Trump mengenai Baitulmuqaddis, yang tidak akan diterima oleh rakyat Palestin, akan mempercepat proses perdamaian antara gerakan Hamas dan Fatah di Palestin.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha berterusan untuk menyokong rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang rejim Zionis.

Pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Trump telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. – BERNAMA

Tags: Ketua Diaspora Hamas Dr Maher Salah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd