Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Pengarah Syarikat Minyak Masak...

SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat didenda RM25,000 atau enam bulan penjara oleh...

Kes Murid Orang Asli...

GEMPAR... Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang dilaporkan hilang...

PAS Sokong Himpunan Rakyat...

KUALA LUMPUR - PAS menyokong Himpunan Rakyat Bersatu yang mahu dianjurkan beberapa badan...

Suami Akui Telah Lafaz...

RUMAH tangga yang dibina pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli, 33; dengan suaminya Datuk Saiful...

Kunjungan Pertama Ke Menara KL Bawa Tuah

KUALA LUMPUR – Kunjungan pertama kali ke Menara Kuala Lumpur (Menara KL) di sini, hari ini membawa tuah buat Ahamat Omar sekeluarga apabila menjadi pengunjung yang kesejuta bagi tahun 2017.

Beliau yang datang dari Papar, Sabah tidak menyangka dengan kejutan itu dan menyifatkan ia sebagai kegembiraan berganda buat keluarganya selepas menghadiri majlis konvokesyen anaknya di Putrajaya pada Sabtu lepas.

“Saya bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana terpilih menjadi pengunjung yang kesejuta, dan kami berterima kasih kepada pihak Menara KL di atas sambutan yang diraikan dengan meriah ini,” katanya kepada pemberita.

Pada majlis tersebut, Ahamat, 55, membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM6,500 iaitu wang tunai RM1,000, jam tangan jenama Ferrari, baucar makan malam di Atmosphere 360 dan beberapa tiket masuk percuma seperti Pelantar Pemandangan, Sky Deck dan Rumah Terbalik KL.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih buat pengunjung yang telah menyokong segala aktiviti dan acara yang diadakan di menara tertinggi di Asia Tenggara.

“Ini bukan pertama kali diadakan, sebelum ini kami juga pernah meraikan pengunjung bertuah pada 1997 sehingga 2004.


“Di samping itu juga, kita ingin menarik lebih ramai lagi pengunjung tempatan untuk menjadikan Menara KL sebagai destinasi ‘mesti pergi’ apabila berkunjung ke ibu negara,” katanya yang menjangkakan kehadiran pengunjung lebih sejuta pada tahun hadapan.

Meor Shahril Anuar berkata pihaknya akan berusaha menambah baik fasiliti sedia ada dan tarikan baharu selain mempelbagaikan pakej, produk dan kemudahan bagi menarik kehadiran pengunjung.

Katanya, seramai 16.5 juta pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke menara ketujuh tertinggi di dunia itu sejak ia dibuka pada 1996. – BERNAMA

Kategori