• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Kacau Tuannya Solat, Haru Biru Dibuatnya…

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA disebut sahaja kucing, secara jujurnya pasti ramai yang sangat sukakan keletah haiwan comel dan berkaki empat ini.

Bagi pencinta haiwan, mamalia comel ini sudah diibaratkan seperti adik kandung sendiri, ‘dialah’ intan payung dan peneman mereka setiap hari.

Bagaimanapun, apakah yang akan anda lakukan sekiranya haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini cuba mengacau anda ketika sedang tekun bersolat?

Menerusi rakaman video lama yang dipercayai berlaku di luar negara ini, ia kembali tular setelah netizen berkongsi kembali menerusi laman Instagram.

Dapat diperhatikan bagaimana tuannya yang sedang menunaikan solat tetap bersabar dengan kerenah haiwan peliharaannya itu.

Sehingga tercabut jugalah kopiah yang dipakainya namun kucing itu tidak pula menghentikan solat lelaki terbabit.

Namun bagi penulis, pergerakan individu berkenaan sudah dikira batal dan solat berkenaan seharusnya dilakukan semula.

Apa-apa pun haiwan kucing itu sebenarnya tidak membatalkan solat seseorang melainkan terdapat kesan najis seperti air kencing dan tahi pada bulu haiwan berkenaan.

Namun sekiranya haiwan itu bebas keluar masuk rumah, tahukah anda ia memijak apa diluar? Jadi sebaiknya, jauhkanlah ia daripada menghampiri kawasan ibadat.

Tindakan ini juga dapat mengelakkan perasaan was-was yang timbul dan seterusnya meningkatkan rasa khusyuk ketika mendirikan solat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kucingsolat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd