Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

2 Penumpang Maut, Pemandu...

GEORGE TOWN - Dua penumpang sebuah kenderaan maut sementara pemandunya cedera parah selepas...

Jawatan Menteri Bukan Keutamaan...

KUCHING - Jawatan dalam Kabinet Persekutuan bukan keutamaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika...

Ahmad Zahid Bakal Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming memberi bayangan...

Reman Lelaki Bunuh, Bakar...

KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di...

KPDNKK Sarawak Kutip Kompaun RM125,950

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mencatat kutipan kompaun berjumlah RM125,950 di Sarawak sepanjang tahun 2017, berbanding RM81,500 pada tahun 2016.

Ketua Penguat kuasanya Abd Hafidz A. Rahim berkata kompaun berkenaan dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNKK.

Menurutnya jumlah nilai rampasan sepanjang tahun 2017 ialah sebanyak RM2,132,680.85, jauh berbeza dengan tahun 2016 sebanyak RM23,026,006.63.

Beliau berkata rampasan dan kompaun dilakukan melalui pemeriksaan harian, aduan dan operasi dan pihaknya memeriksa 67,776 premis sepanjang tahun 2017 berbanding 79,360 sepanjang tahun 2016.

KPDNKK turut menumpukan usaha memberi pendidikan kepada peniaga sama ada menerusi ceramah dan seminar supaya mereka menjalankan perniagaan secara beretika.

“Di samping itu, pemeriksaan harian di seluruh premis perniagaan akan turut diteruskan, selain menempatkan pegawai di kaunter-kaunter khidmat pengguna di pasar-pasar utama

“Kami juga akan menempatkan pegawai di pusat perniagaan utama kompleks beli-belah serta menggalakkan orang ramai menyertai Friends of KPDNKK (FOK) bagi menyalurkan maklumat berhubung tingkah laku peniaga,” katanya.


Sementara itu, Abd Hafidz berkata pihaknya melakukan sebanyak 1,684 pemeriksaan premis di seluruh negeri sempena perayaan Krismas dari 23 hingga 27 Dis tetapi tiada sebarang kes dicatatkan.

Ini hasil daripada pemantauan yang dilakukan setiap hari sehingga peniaga mematuhi penetapan harga maksimum bagi harga barang yang ditetapkan kerajaan, katanya.

“Ini juga cara kita mendidik peniaga mematuhi harga bagi barang yang terkawal semasa musim perayaan, di samping kerjasama yang baik diberikan oleh peniaga barang tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori