• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rampas Lampin Pakai Buang Tiruan

oleh Ahmad Albab
19/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani merampas sejumlah 65,000 keping lampin pakai buang tiruan yang dianggarkan bernilai RM17,299 dalam operasi yang dijalankan di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini, semalam.

Ketua Cawangannya, Mazlan Safar berkata serbuan membabitkan tujuh anggota yang dijalankan pada 1.30 tengah hari itu, dibuat selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagang serta risikan yang dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati kilang terbabit beroperasi hampir 24 tahun lalu namun baru dua tahun mengeluarkan lampin pakai buang jenama Popo Kids.

“Kami merampas 65,000 keping lampin pakai buang tiruan yang dianggarkan bernilai RM17,299, namun tiada individu yang ditahan sewaktu serbuan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mazlan berkata, siasatan juga mendapati bahawa produk lampin pakai buang yang dihasilkan di kilang terbabit, dipasarkan ke Rantau Panjang, Kelantan.

Menurutnya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011, atas kesalahan menggunakan, membekalkan, menawarkan atau mendedahkan perihal dagangan palsu.

“Jika didapati bersalah, pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan dengan perihal dagangan palsu, (kesalahan kedua atau berikutnya boleh dihukum denda tidak lebih RM30,000).

“Jika bukan pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu, (kesalahan kedua atau berikutnya, hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya),” katanya.

Mazlan berkata, KPDNKK memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat agar tidak menjual atau mengedar barang atau produk tiruan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. – BERNAMA

Tags: KPDNKKLampin Pakai Buang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd