• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Tahan Empat Lelaki Operasi Penyeludupan

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menahan empat lelaki dan merampas pelbagai barang kawalan bernilai RM37,049 dalam operasi membanteras penyeludupan sejak Khamis lepas sehingga semalam.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata operasi itu dilakukan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan-Thailand sehingga Pasir Puteh dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor.

“Antara barangan yang dirampas termasuk 1,230 liter petrol bernilai RM2,792 di tiga lokasi di Tumpat iaitu pangkalan haram Kampung Simpangan, Kampung Tualang dan Pulau Ular.

“Kita juga menahan empat suspek warga tempatan berumur antara 35 dan 60 tahun selain merampas tiga buah kereta dan sebuah bot enjin galah,” katanya kepada pemberita di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga Pahang Supt Mohammad Pajeri Ali dan Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor ASP Ahmad Amri Abd Rahman.

Ab Ghani berkata turut dirampas 293 kotak minyak masak seberat 4,981 kilogram bernilai RM14,983 dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang.

Beliau berkata kesemua barang kawalan berkenaan dipercayai cuba diseludup ke Thailand berikutan permintaan dan tawaran harga yang lebih tinggi.

“Siasatan mendapati minyak masak tersebut bukan produk keluaran negeri ini tetapi diperolehi daripada beberapa pengeluar sekitar Lembah Klang dan Selangor,” katanya.

Katanya turut dirampas dalam operasi itu ialah 435kg beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran. – BERNAMA

Tags: KPDNKK Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDNKK Kelantan Periksa Pematuhan GST Sifar

02/06/2018
0

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan telah memeriksa sebanyak 10,110 barangan daripada 337 premis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd