• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP Kesihatan Malaysia Dilantik Pengerusi ISS

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global Persatuan Pembedahan Sedunia (ISS) bagi penggal 2017-2021.

ISS mengumumkan perkara itu pada 25 Disember.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Dr. Noor Hisham berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada tugas beliau sebagai Konsul Tugas Khas Jawatankuasa Eksekutif ISS.

Dr. Noor Hisham dilantik menganggotai Lembaga Eksekutif ISS sebagai Konsul Tugas Khas bagi tempoh 2017 hingga 2021 seperti diumumkan pada 17 Ogos tahun ini pada Perhimpunan Agung Kongres Pembedahan Sedunia Ke-47.

“Inilah julung kalinya rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan itu di peringkat ini, sekali gus merupakan satu lagi penghormatan bagi negara kita untuk menerajui dan memberi khidmat kepada persatuan global terkenal ini,” katanya.

Berhubung pelantikan beliau sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global ISS, Dr. Noor Hisham berkata:

“Dengan penuh syukur dan rendah hati, saya terima peranan sebagai pemimpin peringkat global ini untuk berganding bahu dengan semua cawangan dan wakil dari negara masing-masing untuk menyediakan rangka kerja program pengajaran dan latihan, khususnya di negara membangun, di samping menambah baik organisasi ini dalam menyesuaikan diri dengan perubahan berpandukan idea kreatif dan inovasi.

“Peranan ini juga akan menonjolkan ISS sebagai sebuah organisasai global yang membawa kemajuan dalam bidang pembedahan ke arah mewujudkan penjagaan berkualiti dan memberi fokus terhadap keselamatan pesakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengucapkan tahniah kepada Dr. Noor Hisham atas pelantikan itu kerana ia merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan kecekapan profesional beliau.

“Paling penting, keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap perkhidmatan awam kita, yang tiada tolok bandingnya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Beli Arak Tiruan – KP Kesihatan

23/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai...

Waspada Tanda Awal Strok Haba

17/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda awal serangan strok haba berikutan cuaca panas dan kering yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd