• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontinjen P.Pinang Terima Basikal Elektrik

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang hari ini menerima tujuh basikal elektrik atau E-Basikal bagi melaksanakan penugasan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai terutama pelancong asing dan pusat membeli-belah di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata objektif utama penggunaan basikal elektrik itu ketika rondaan dapat mewujudkan kehadiran polis di tempat awam dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

“Hari ini Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menerima sebanyak tujuh buah basikal yang menggunakan kuasa bateri hasil sumbangan daripada tiga syarikat swasta di negeri ini.

“Tiga basikal akan digunakan oleh Unit Polis Pelancong IPK Pulau Pinang manakala dua buah lagi ditempatkan masing-masing di Balai Polis Batu Feringghi di daerah Timur Laut dan Queensbay di daerah Barat Daya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Basikal Elektrik oleh tiga syarikat kepada IPK Pulau Pinang, di sini hari ini.

Basikal elektrik buatan China itu berharga RM3,680 setiap satu dan boleh dicas semula menggunakan kuasa elektrik.

Chuah berkata penggunaan basikal elektrik itu juga dapat memudahkan anggota polis berinteraksi dengan orang awam dan pelancong ketika membuat rondaan dan melaksanakan konsep ‘Stop & Talk’.

Katanya IPK Pulau Pinang menjadi negeri pertama menggunakan basikal elektrik itu untuk menjalankan rondaan di kawasan tumpuan orang ramai dan pusat membeli-belah di negeri berkenaan.

“Selain itu, IPK Pulau Pinang juga akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai kesesuaian dan respons masyarakat tentang penggunaan basikal elektrik berkenaan dan jika ia memberi kesan positif kami akan usulkan kepada Bukit Aman untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakannya di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata penggunaan basikal elektrik itu dapat membudayakan gaya hidup sihat kerana ia juga boleh dikendalikan dengan cara kayuhan dan jarak perjalanannya jika menggunakan kuasa elektrik boleh mencapai sehingga 50 kilometer (km) dengan kelajuan 25km sejam.

“IPK Pulau Pinang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang berbesar hati menyumbang basikal elektrik ini dan berharap ia dapat ditambah lagi pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: basikal elektrikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd