• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mara Taja TRW: Annuar Bersyukur, Maafkan TMJ

oleh
14/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WAIMA nama baiknya hancur akibat pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Annuar Musa berjiwa besar tidak berdendam dengan baginda.

Malahan mantan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa syukur dengan keputusan pihak pendakwa raya yang memutuskan untuk tidak dakwa beliau dalam isu penajaan pasukan Kelantan.

Katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, beliau percaya isu tersebut sengaja telah dipolemikkan begitu dahsyat bermula dengan personaliti tertentu yang telah membuat tuduhan terhadap dirinya.

Namun, sepanjang tempoh isu tersebut beliau telah mengambil pendekatan sederhana dengan tidak banyak keluar kenyataan dan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

“Yang pertama saya bersyukur apabila pihak SPRM sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi media kelmarin bahawa saya tidak didakwa. SPRM bahkan telah membuat tugasan dalam masa yang cepat dan cekap.

“Sekarang lebih baik kita pandang ke hadapan dan saya juga tidak mahu memanjangkan lagi isu ini. Saya juga telah memaafkan mereka yang tersalah cakap dan membuat kenyataan menuduh saya dalam isu ini,” kata Annuar.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Peralatan dan Kelengkapan Sekolah untuk ramai pelajar daif di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kota Bharu, semalam.

Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagaimanapun tidak merujuk individu berkenaan sebagai Tunku Ismail Idris meskipun ramai maklum isu panas itu muncul ekoran pendedahan baginda.

Akibatnya, Annuar langsung hilang jawatan Mara awal tahun ini selain terpaksa berundur daripada Kafa setelah imej dirinya musnah susulan ‘perang mulut’ antara beliau dan Tunku Ismail Idris asalnya menerusi media sosial.

Kelmarin Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihak pendakwa raya memutuskan tidak mendakwa Annuar berhubung kes penajaan Mara terhadap skuad The Red Warrior (TRW) itu.

Ini termasuk dakwaan konon pasukan Kelantan pernah dapat tajaan rahsia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagaimana didedahkan Presiden FAM itu sehingga dijadikan modal pembangkang untuk mengutuk Annuar.

Azam Baki dilaporkan berkata bahawa pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan isu terbabit sebelum keputusan dibuat dan segala keterangan diambil serta bukti dikumpul setakat ini tidak cukup untuk pendakwaan.

Pada Januari lalu, Annuar dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd. (PMB) bagi memberi laluan kepada proses siasatan termasuk dalam isu penajaan PMB serta Unikl untuk (TRW).

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilapor memberikan segala maklumat bagi bantu siasatan SPRM berhubung dakwaan kononnya ada salah guna kuasa sebagai pengerusi agensi itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Januari

Next Post

Bini Curang Tukar Suami Dengan Cara Yang Kejam

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Annuar Musa Sah Mohon Sertai PAS

Annuar Musa Sah Mohon Sertai PAS

20/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai PAS....

Next Post

Bini Curang Tukar Suami Dengan Cara Yang Kejam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd