Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mafia Upah 5,000 Euro...

GENTAR... Sebuah kumpulan mafia di Itali baru-baru ini menawarkan upah wang tunai terhadap...

Vaksin Mampu Tangani Penularan...

DAKAR - Kementerian Kesihatan Republik Demokratik Congo (Congo) berkata, virus Ebola yang menyerang...

Arnab Gergasi Mati, Pemilik...

SEKUMPULAN pemilik arnab gergasi bertindak menyaman United Airlines berikutan kematian haiwan bernama Simon...

11 Anak Kapal Warga...

TOKYO - Sebuah kapal kargo dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, karam kira-kira...

Kes Denggi Di Perak Meningkat Hampir 50%

IPOH – Demam denggi meningkat sebanyak 48.4 peratus kepada 5,265 kes di seluruh Perak bagi tempoh Januari hingga 9 Dis ini, berbanding 3,549 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daerah Kinta mencatatkan peningkatan kes demam denggi tertinggi iaitu 3,059 berbanding tahun lepas sebanyak 1,901 kes.

“Beberapa daerah lain seperti Larut, Matang dan Selama (LMS) turut mencatat peningkatan iaitu 334 kes, Kuala Kangsar (151), Kampar (109), Mualim (85), Perak Tengah (32)dan Hilir Perak (11).

“Namun, ada juga penurunan dalam tempoh sama seperti di daerah Manjung iaitu 127 kes, Kerian (37) dan Batang Padang (29),” katanya dalam sidang media mengenai status kes demam denggi di Perak di sini, hari ini.

Dr Mah berkata sebanyak 12 kematian akibat demam denggi turut direkodkan sepanjang tahun ini berbanding 10 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
“Enam kematian dicatatkan di daerah Kinta, manakala dua kematian di Kuala Kangsar dan LMS. Satu kes kematian masing-masing dicatatkan di Kampar dan Kerian,” katanya.


Selain itu, sebanyak 11 lokaliti dikesan sebagai kawasan wabak demam denggi aktif di Perak namun daripada jumlah itu, hanya satu lokaliti iaitu di Kampung Das Tambahan 2, di sini direkodkan sebagai kawasan wabak tidak terkawal.

Dalam pada itu, Dr Mah mengulangi gesaan supaya masyarakat mengutamakan kebersihan kawasan persekitaran selain turut menyertai setiap aktiviti gotong-royong yang dijalankan pihak berkuasa.

“Kita tidak boleh pentingkan diri sendiri. Walaupun tidak pernah dijangkiti namun, usaha perlu dilakukan selain menjadikan Perak antara negeri terbersih di Malaysia,” katanya. -BERNAMA

Kategori