• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerbau ‘Naik’ Porsche Maut, 3 Mangsa Hanya Cedera

oleh
23/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG tidak berbau… Pemandu dan dua penumpang Porsche Cayenne menempuh pengalaman lucu tapi penuh debaran apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau.

Insiden dramatik ala aksi filem Hollywood itu menyaksikan haiwan mamalia berkenaan terpelanting sebelum ‘berjaya’ masuk ke dalam kenderaan tersebut di Perak semalam, menurut laporan media tempatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, kereta itu yang dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap, tidak sempat mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong.

Akibat perlanggaran itu, kerbau berkenaan tercampak sebelum terhempas di atas cermin pelindung matahari di bumbung kenderaan itu sehingga lapisan berkenaan pecah dan haiwan berkenaan terperosok ke dalam kenderaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan ketika dihubungi media berkata, nahas agak luar biasa itu menyebabkan bahagian depan kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan turut remuk.

“Kerbau itu mati di tempat kejadian, manakala semua mangsa kemalangan iaitu dua berusia 30-an dan seorang kanak-kanak sembilan tahun cedera ringan. Mereka dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay,” katanya hari ini.

Yahaya dalam pada itu menjelaskan bahawa  cuaca baik ketika kejadian berlaku dengan jalan lurus, tetapi gelap berikutan tiada lampu jalan di sepanjang laluan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kerbauPorsche
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Motosikal Langgar Kerbau, Penunggang Maut, Tiga Lagi Cedera

Motosikal Langgar Kerbau, Penunggang Maut, Tiga Lagi Cedera

13/06/2023
0

Ipoh : Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sekawan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah dekat Air Kuning, dua...

Remaja Maut, Motosikal Rempuh Kerbau

Remaja Maut, Motosikal Rempuh Kerbau

07/01/2023
0

DENGKIL : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor kerbau di sini, malam tadi. Ikuti Mynewshub: Telegram Dalam kejadian pukul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd