• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Keju, Wanita Dipenjara Semula 2 Bulan

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang banduan wanita yang sepatutnya dibebaskan dari penjara Ahad ini atas kesalahan dadah, hari ini terpaksa merengkok di penjara semula kerana mencuri 28 bungkus keju bernilai RM638.40 milik sebuah pasar raya, bulan lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas Nurul Shafika Safiee, 22, selepas dia mengaku bersalah mencuri 28 bungkusan keju berjenama Chesdale Rich In Calcium di Pasar Raya Aeon Mall Jusco, Metro Prima Kepong, di sini pada 10.15 malam, 18 Nov lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Nurul Shafika didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara atau denda atau sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran.

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan pekerja di pasar raya tersebut ternampak tertuduh bersama seorang lelaki sedang memasukkan keju Chesdale ke dalam dua beg dan apabila pengadu mengekori mereka, seorang daripadanya bertindak melarikan diri dan mencampak beg berisi keju itu ke tepi sebuah kiosk.

Pengadu kemudian menangkap Nurul Shafika yang kemudiannya gagal mengemukakan resit pembayaran untuk barang berkenaan. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd