• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Perlawanan Bukan Keutamaan Kim Swee

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan siri perlawanan persahabatan tidak menjadi keutamaan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara yang kini ‘berkampung’ di Mokpo, Korea Selatan sebagai persediaan akhir dalam menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China, Januari depan.

Sebaliknya, ketua jurulatih skuad B-23 Datuk Ong Kim Swee berkata penekanan terhadap inti pati latihan yang merangkumi taktikal permainan serta cara anak buahnya menterjemahkan taktikal tersebut di atas padang adalah apa yang dititikberatkan.

Menurut Kim Swee, sejak mula menjalani latihan pada Ahad lalu kesemua 26 pemain yang dibawa ke Mokpo itu sudah menunjukkan peningkatan prestasi, meskipun anak buahnya itu sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan kelab tempatan, Mokpo City di sana, hari ini.

“Setelah lima hari berada di Mokpo, para pemain bertambah selesa terutama dari aspek mengadaptasi cuaca sejuk di sini dan hari ini kami menghadapi perlawanan persahabatan pertama. Walaupun seri, tetapi mereka (pemain) menunjukkan sikap yang cukup positif dalam perlawanan yang agak sengit.

“Apa yang penting di sini bukan keputusan tetapi pengalaman bermain dengan pasukan yang mempunyai kualiti tersendiri. Tentang keputusan ia tidak memberikan sebarang impak kepada saya,” katanya ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pada perlawanan persahabatan tersebut, pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamed Syamer Kutty Abba terlebih dahulu meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-39 sebelum Kim Sangwook menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran negara di China hanya akan diumumkan selepas melengkapkan baki dua perlawanan persahabatan berdepan Honam University pada Jumaat ini diikuti Jeonju Citizen pada Khamis depan.

“Masih lagi terlalu awal untuk saya mengenal pasti 23 pemain yang akan dibawa ke China iaitu saya mempunyai dua lagi perlawanan selepas ini.

“Sudah tentu pemain memerlukan masa oleh itu untuk berlaku adil, mereka akan diberi peluang bermain sama rata dan daripada situ saya akan menilai mereka sama ada mereka layak ke China ataupun tidak,” katanya.

Skuad negara yang diundi dalam kumpulan C akan membuka kempen Kejohanan Piala AFC B-23 2018 berdepan Iraq pada 10 Jan diikuti perlawanan menentang Jordan (13 Jan) sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Arab Saudi (16 Jan). – BERNAMA

Tags: Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Buru 3 Mata Aksi Pembukaan Kumpulan B

19/11/2016
0

YANGON - Hanya kemenangan menjadi sasaran skuad Harimau Malaysia apabila menentang Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan B bola sepak Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd