• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ketepi Saman Dr. Subramaniam

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan saman difailkan terhadap Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan tujuh yang lain.

Keputusan itu dibuat panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin setelah mahkamah itu dimaklumkan bahawa responden dalam saman berkenaan tidak ingin meneruskan tindakan undang-undang mereka di Mahkamah Tinggi dan tidak membantah rayuan yang dikemukakan.

Peguam Datuk V. Manokaran yang mewakili tiga responden – bekas Pengarah Strategik MIC K. Ramalingam, Datuk Henry Benedict Asirvatham dan Datuk M.V. Rajoo – memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak ingin meneruskan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi dan mereka menyetujui rayuan yang dikemukakan itu.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Dr Subramaniam juga meminta mahkamah membenarkan rayuan itu memandangkan ketiga-tiga responden tidak ingin meneruskan tindakan undang-undang mereka.

Zulkefli kemudian memerintahkan agar keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan dan perintah Mahkamah Rayuan diketepikan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Di samping Dr Subramaniam, tujuh perayu lagi adalah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Mohamad Razin Abdullah, pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Akmal Yahya, Datuk S. Vigneswaran, Datuk Jaspal Singh, Datuk T. Mohan, A Sakthivel dan peguam V. Vasanthi.

Pada 5 Feb 2016, Ramalingam dan tujuh yang lain memfailkan saman terhadap Dr. Subramaniam serta tujuh yang lain berhubung dakwaan wujud konspirasi untuk menggulingkan bekas Presiden MIC Palanivel pada 2015.

Pada 11 Julai 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan Dr Subramaniam serta tujuh yang lain mengetepikan saman berkenaan dan seterusnya mendorong responden memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan menyebelahi Ramalingan serta responden lain pada 10 Jan tahun ini, mengubah keputusan Mahkamah Tingggi itu dan memerintahkan perkara berkenaan menjalani perbicaraan penuh.

Bagaimanapun, pada Mei tahun ini, satu lagi panel Mahkamah Persekutuan mengetepikan lima responden sebagai pihak kepada saman itu – V. Ganesh, M. Sathiyamurthi, George Alexander Fernandez, R.M. Prabu dan R. Sithambaram Pillay – setelah mereka memohon untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Panel Mahkamah Persekutuan sama yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif juga membenarkan Dr Subramaniam serta tujuh yang lain untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan berkenaan hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili Mohamad Razin dan Akmal, manakala Jaspal Singh, Mohan serta Sakthivel diwakili peguam Ho Hon Keong dan peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Vigneswaran dan Vasanthi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd