• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali Musang King, Elak Ditipu Peniaga Durian

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang, Mohd Auzaie Koma rudin berkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993.

Beliau berkata masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing sedang tidur.

“Sang dan ‘Wang’ ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini,” katanya mengenai durian itu yang banyak didapati di sekitar Raub, Pahang.

Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.

“Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Ladang Bandar Jabatan Pertanian, Serdang dekat sini hari ini.

Mohd Auzaie berkata isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.

“Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain. Malah terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King, walhal ia merupakan baka lain,” katanya.

Beliau berkata pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu.

Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula, beliau berkata pokok duriannya memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan sedikit beralun.

“Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun setelah ditanam,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd