• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Peminat Adakan Solat Hajat Buat Elyana

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINGGU lalu, pelakon dan penyanyi Elyana mengejutkan dunia industri hiburan tanah air dengan berita mengenai penyakit yang dialaminya selama ini.

Susulan pengumuman yang dibuat selepas tersingkir pada konsert kelima Gegar Vaganza 4 (GV4), laman Instagramnya dihujani dengan kata-kata semangat daripada netizen serta rakan-rakan artis.

Baca: Rakan Artis Lega Tidak Perlu Sorok Rahsia Elyana

Malah, suaminya, Khairul Anuar Hussin turut terpanggil untuk berkongsikan kehidupan yang dilalui Elyana sepanjang disahkan menghidapi kanser limfoma.

Juga: Suami Dedah Kisah Di Sebalik Senyuman Elyana

Sehingga ke hari ini, rata-rata peminat-peminatnya tidak putus mendoakan dan memberikan kata-kata semangat buat pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu.

Dek kerana itu, kelab peminatnya, Elyana Official Fan Club atau Elo FC akan mengadakan satu majlis doa selamat dan solat hajat untuk penyanyi itu.

Majlis tersebut akan diadakan pada jam 8 malam, Khamis depan iaitu 17 Disember ini di Masjid Kumpulan Karangkraf Shah Alam, Selangor.

Menurut Zuhairry Zainal yang juga teman baik Elyana, penyanyi itu akan turut menyertai majlis yang penuh keberkatan tersebut.

Tambahnya lagi, majlis ini diadakan bukan untuk meminta simpati, tetapi hanya untuk mendoakan kesejahteraan pelantun suara bagi lagu Kalis Rindu itu.

“Saya dapat tahu mulanya ada lebih daripada satu majlis ingin dianjurkan. Selepas berbincang, ahli kelab sepakat berkumpul beramai-ramai dan menganjurkan satu majlis besar, minggu depan.

“Setakat ini, saya diberitahu ramai peminat termasuk bukan ahli kelab mahu menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat yang dirancang,” katanya dipetik BH Online.

Zuhairry mengakui dia antara yang terawal mengetahui tentang penyakit tersebut dan sering membantu mencari rawatan alternatif bagi membantu kawan yang dikenalinya sejak 18 tahun lalu.

“Saya sering menemaninya mencuba rawatan alternatif hingga ke Indonesia. Kami sering mendapatkan maklumat mengenai cara merawat penyakit kanser di internet,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zuhairry menjelaskan sehingga kini Elyana masih boleh bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa termasuklah membuat persembahan.

Mungkin dengan mengadakan acara seperti ini dapat membantu Elyana serta penghidap kanser yang lain untuk terus menjalani kehidupan dan tidak berputus ada. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Elo FCElyanaElyana Official Fan Club
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

20/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu, ditemui...

Sel Kanser Merebak Ke Tulang Belakang Elyana

24/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon, Elyana, memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd