• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Beg Asli Harrods Hanya Dijual RM45

oleh
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Apakah perasaan anda terutama golongan wanita sekiranya berpeluang membeli beg berjenama mahal yang bernilai ribuan ringgit tetapi djual dengan harga kurang daripada RM45?

Tidak masuk akal, bukan? Namun itulah yang berlaku kepada pelanggan gedung terkemuka Harrods di sini awal minggu lalu yang dikejutkan dengan tawaran ‘harga runtuh’ menerusi laman web syarikat itu, lapor media Britain.

Antara yang menjadi perhatian ramai pelanggan tegar premis eksklusif tersebut ialah beg tangan kulit jenama Aspinal of London Bags yang harganya jatuh lebih rendah iaitu sekitar £5 atau kurang daripada RM27.

Bagaimanapun kejadian itu berjaya disedari oleh pihak pengurusan Harrods dan ia lantas terpaksa menghantar e-mel susulan kepada setiap pelanggan yang sudah melakukan tempahan berhubung kesilapan lucu tersebut.

Malang bagi ramai pelanggan yang sudah membuat bayaran terhadap beg-beg berjenama elit tersebut apabila mereka perlu membayar kembali baki perbezaan atas pembelian pada harga asal sebenarnya.

Menurut laporan media tempatan, wakil Harrods, Andrew Leakey dipetik sebagai berkata bahawa mustahil bagi pihaknya sanggup menjual beg kulit asli terutama diimport khas dari Itali dengan harga yang begitu murah.

Peristiwa ‘harga runtuh’ ini berlaku apabila terdapat gangguan pada sistem laman web tersebut, menyebabkan harga yang disenaraikan menjadi jauh lebih rendah daripada harga asal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: beg tanganHarrods
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beg Tangan Mikroskopik Dijual Lebih AS$63,000

Beg Tangan Mikroskopik Dijual Lebih AS$63,000

06/07/2023
0

LONDON: Sebuah beg tangan yang dikatakan `lebih kecil daripada sebutir garam’ berjaya dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM292,476). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Kasut, Beg Tangan Milik Rosmah, Nooryana Adalah Hadiah

07/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa, 263 beg tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut, serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd