• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karikatur Survival Muslim Rohingya Di PAU 2017

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEBIH 1.2 juta pelarian etnik Rohingya sanggup mempertaruhkan nyawa meninggalkan kampung halaman mereka di Rakhine, Myanmar demi meneruskan kehidupan di negara sempadan.

Kebanyakan daripada mereka terpaksa bertebaran di lebih 10 buah kem pelarian daif di Cox Bazar, Bangladesh. Malah ada yang terpaksa berasimilasi dengan penduduk setempat di kawasan sekitar sempadan negara itu.

Malaysia dalam menzahirkan bantahan terhadap penindasan tentera Myanmar malah menjalankan pelbagai misi bantuan kemanusiaan dan sumbangan melalui pihak kerajaan selain beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keprihatinan nasib Rohingya dalam sidang ASEAN waima dalam pertemuan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 turut tidak ketinggalan mengetengahkan kekejaman dialami etnik itu menerusi Pameran Karikatur bertajuk Survival Muslim Rohingya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tampil dengan kreativiti unik, pameran yang dirasmikan Najib yang juga Presiden UMNO itu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung untuk berkongsi rasa kesedihan dialami masyarakat Muslim minoriti di Myanmar itu.

Menurut Presiden Kelab Kartunis Malaysia (KKM), Desa Omar atau Juragan, pameran terbahagi kepada tiga segmen yang menggambarkan ilustrasi seni kesengsaraan sebenar dirasai ramai pelarian Rohingya.

“Ia meliputi segmen Kesengsaraan Muslim Rohingya, Karikatur Kartunis Dunia, Inisiatif Malaysia dan Perdana Menteri Bersama IWM Dalam Menggerakkan Pendekatan Wasatiyyah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia, Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin berkata, pameran itu bertujuan menunjukkan kesungguhan Najib serta kerajaan prihatin terhadap isu Rohingya yang berkaitan kemanusiaan sejagat.

“Dengan menatap gambar kartun ini orang akan merasai bagaimana kepedihan Muslim Rohingya itu. Orang yang membaca atau melihat kartun tidak kira sesiapa boleh difahami dengan mudah.

“Jadi rakyat diharapkan dapat hargai nikmat keamanan yang wujud hasil daripada pengamalan pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi pemangkin kehidupan harmoni,” katanya.

Pameran edisi ketiga selepas mengangkat tema Palestin itu adalah dengan kerjasama Rumah Kartun dan Komik Malaysia serta Kelab Kartunis Malaysia selama lima hari bermula semalam sehingga Sabtu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAU 2016PAU2017Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd