Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

LCS: Anggota EAS Setuju...

VIENTIANE - Pendirian Malaysia berhubung isu keselamatan di Laut China Selatan (LCS) agar...

Petinju Kanada, Thailand Sertai...

KOTA BHARU - Petinju dari Kanada dan Thailand adalah antara 24 peserta bakal...

Nazri Takkan Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR - Berpegang teguh pada kenyataannya sebelum ini, Datuk Seri Nazri Aziz...

M’sia Berjaya Pamer Kepimpinan...

PUTRAJAYA - Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 telah berjaya menunjukkan kepimpinan semasa penganjuran...

Kanak-Kanak Lelaki Hilang Dijumpai Lemas

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika memancing di Sungai Plentong, Kampung Sri Makmur, di sini pada Selasa, ditemukan lemas hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, PBKII Mohd Anuar Amdzah dalam kenyataan berkata mayat Mohd Farezuan Anuar, 12, dijumpai pasukan penyelamat dalam keadaan tersangkut pada pokok dan hanya berseluar pendek pada pukul 10.20 pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Mohd Anuar berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke waris mangsa untuk tujuan pengcaman sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.


Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat mangsa pagi ini yang memasuki hari ketiga disertai seramai lapan anggota bomba selain dibantu oleh beberapa agensi lain. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori