Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Gunung Agung Kritikal, Tunggu...

BALI - Kenderaan yang penuh dengan makanan, topeng muka dan tilam dihantar untuk...

Imigresen Nafi Buka 3...

PETALING JAYA : Jabatan Imigresen Malaysia menafikan hanya membuka tiga kaunter di Lapangan...

Lelaki Cuba Pecah Rekod...

MADRID – Seorang penyelam bebas dari Sepanyol terpaksa diselamatkan selepas pengsan ketika menyelam...

Pilot Jet Pejuang Wanita...

SALAH seorang juruterbang pejuang wanita pertama China dan ahli pasukan aerobatik tentera udara...

Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terkena Tembakan

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun maut akibat terkena tembakan dari senapang patah milik keluarganya di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin sedang berbaring menonton televisyen di ruang tamu rumah datuknya sebelum senapang patah milik moyangnya yang berusia 80 tahun dan masih berpeluru terjatuh lalu meletup dan pelurunya mengenai bahagian muka kiri mangsa.

Bapa mangsa, Mohd Hishamuddin Azmi, 34, berkata anak sulungnya itu tinggal bersama datuk, nenek, dua bapa dan ibu saudaranya selepas dia dan isteri, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, berpisah tiga tahun lalu.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Jitra sebelum menerima panggilan telefon daripada bekas isteri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi yang memaklumkan tentang kejadian.

“Saya terus bergegas pulang ke rumah dan saya sebak melihat keadaan anak yang terbaring di ruang tamu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

Mohd Hishamuddin berkata kali terakhir dia menghubungi anaknya pada minggu lalu dan ketika itu anaknya menyuruhnya pulang mengambilnya untuk membeli baju dan peralatan sekolah.


“Kali terakhir saya jumpanya pada bulan lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan ketika saya menghubunginya minggu lalu, dia mengajak saya untuk membeli baju sekolahnya.

“Saya bercadang untuk membawanya membeli baju dan peralatan sekolah Jumaat ini tetapi tidak kesampaian,” katanya.

Katanya, anak sulungnya daripada empat adik beradik itu merupakan pelajar pintar selepas memperoleh Anugerah Cemerlang selama dua tahun berturut-turut di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus, Jitra, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA

Kategori