• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalendar 2018 Mahathir Harga RM40! Biar Betul?

oleh
02/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHALNYA… Ketika pembangkang kecoh bising macam histeria jika harga petrol naik sikit sahaja ekoran situasi geopolitik global, mereka nyata hipokrit apabila melibatkan kepentingan diri sendiri!

Terbaharu, netizen dikejutkan dengan penjualan kalendar baharu 2018 edisi terhad keluaran eksklusif peminat tegar Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan belum didaftarkan sah itu yang kini mulai jadi tular menerusi media sosial.

Dengan guna tema Inspirasiku Mahathir dan memaparkan wajah ceria si pemimpin parti kecil pembangkang yang berusia 92 tahun itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia dijual pada harga serendah RM40 termasuk caj pengeposan.

Entahlah bagaimana harga kalendar meja tersebut boleh mencecah nilai sedemikian sama ada ia disebabkan faktor tukaran mata wang asing, kenaikan harga minyak sejagat atau tekanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Ada netizen menyindir harga mahal berkenaan kerana kalendar itu kononnya bersalut emas dan tidak kurang juga kutuk PPBM yang menekan rakyat marhaen tetapi ‘hebat’ bersembang mahu membela kos sara hidup pengguna.

Baca: Kisah Mahathir ‘Gadai’ Johor Kepada Singapura

“Minyak naik bukan main macai salak macam anjing kena baling dengan kayu api di punggung. Pemimpin anda jual kalendar sahaja sudah RM40, tidak hendak menyalak ke? Itu baru kalendar,” kata netizen bernama Lang Buana.

Sementara lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Rose Rosmawati menulis komen sinis: “Hanya orang gila sahaja hendak membeli kalendar RM40 satu. Sepatutnya beri kalender itu secara percuma aja.”

Seorang netizen dengan nama Mohd. Fahmi menukil: “Pergi kedai servis motosikal pun boleh dapat kalendar baru percuma sahaja… daripada beli ini RM40, lebih baik belikan beras… atau derma dengan saudara mara… lagi elok!”

Pada kelazimannya, kalendar sedemikian rupa biasa dijual di mana-mana kedai pada harga bawah RM10, bahkan ada yang diberi tanpa dikenakan apa-apa bayaran oleh organisasi tertentu sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Untuk rekod, pihak PPBM sebelum ini pernah menganjurkan beberapa siri acara majlis makan malam amal konon untuk kutipan dana parti itu dengan harga satu meja yang bernilai ribuan ringgit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kalendarPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd