Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Cadang Parti...

KUALA LUMPUR - UMNO mesti melakukan satu transformasi yang radikal dalam agenda orang...

Pengecualian Cukai Untuk Pemilik...

KUALA LUMPUR - Bagi meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan...

Jalaluddin Umum Pertahan Jawatan...

SEREMBAN : Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini menawarkan diri...

Manchester City Pertahankan Kejuaraan...

BRIGHTON - Manchester City berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat musim...

KAFA Bakal Ditaja Syarikat Automotif, Kewangan

KOTA BHARU – Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan berjaya menerima tajaan RM2 juta daripada pelbagai syarikat tempatan serta rakan kongsi yang dimeterai perjanjiannya hari ini.

Namun, badan induk bola sepak negeri itu mendedahkan mereka memerlukan dana sekurang-kurangnya RM10 juta bagi memperkasakan skuad gergasi Pantai Timur itu untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia musim hadapan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata setakat ini pihak KAFA sudah menerima tajaan berbentuk kewangan, jersi rasmi pemain serta logistik yang menjadi perkara asas untuk setiap pasukan tempatan bertanding di liga itu.

Ujarnya, tajaan terbabit membabitkan agensi pelancongan Al-Quds Umrah & Travel; syarikat pakaian sukan, Al-Ikhsan serta rakan kongsi iaitu Excel Printing, Exa Supply & Services, Klinik Mesra dan Pakaq Gom Gymnasium.

“Setakat ini tajaan diperoleh tersebut hanya membabitkan sejumlah perkara yang dapat membantu pasukan seperti penajaan pakaian pemain, kelengkapan pasukan, logistik serta kos penginapan di tempat lawan.

“Ini dapat bantu mengurangkan perbelanjaan KAFA dalam menempuhi saingan liga musim depan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani tajaan bersama beberapa syarikat dan rakan kongsi di Hotel Jewel, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman. Manakala tajaan-tajaan lain pula jelas beliau, bakal diumumkan persatuan berkenaan dalam masa terdekat.


Mengulas dengan lebih lanjut, Bibi Ramjani Ilias Khan memberi bayangan dua buah syarikat gergasi bakal dibawa masuk untuk menjadi penaja utama kewangan pasukan Kelantan bagi musim hadapan.

“Kita sedang berunding dan hampir capai kesepakatan bersama dua syarikat dalam bidang automotif dan kewangan. Insya-Allah apabila tiba masanya kita akan umumkan semula selepas memuktamadkan jumlah tajaan,” katanya.

Mengulas mengenai tajaan daripada dua buah syarikat gergasi Jepun iaitu Yakult dan Rohm Wako, Bibi Ramjani berkata pihak KAFA sedang berunding dan hampir mencapai 80 peratus persetujuan.

“Bagi tajaan ini, rundingannya masih berjalan dan pihak mereka meminta tarikh sehingga 10 Disember ini untuk memuktamadkan perjanjian tajaan mereka kepada kita,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori