• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Umum Kadar Tarif Elektrik Kekal

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung bagi tempoh tiga tahun akan datang bermula 1 Jan, 2018 manakala di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dikekalkan pada Januari hingga Jun tahun depan.

Ketika mengumumkannya hari ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 13 Disember lepas.

Menurutnya, kadar di Semenanjung bagi tempoh 1 Jan, 2018 hingga 31 Dis, 2020 itu menyamai jadual kadar tarif elektrik yang dilaksanakan sejak 1 Jan, 2014.

“Walaupun pengguna tidak mengalami sebarang perubahan dalam jadual tarif bagi tempoh itu, namun pengguna akan terus menerima bekalan elektrik susulan (pelaksanaan) lebih banyak infrastruktur pembekalan elektrik berasaskan teknologi terkini serta program sokongan oleh Tenaga Nasional Berhad,” katanya pada sidang media di sini.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata, kerajaan bersetuju untuk menampung rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) serta surcaj 0.28 sen/kWj dengan jumlah keseluruhan rebat tarif elektrik ialah sebanyak RM929.37 juta bagi tempoh 1 Januari hingga Jun 2018.

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula menikmati rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2018.

“Kerajaan telah memberi subsidi bahan api dan tarif sebanyak RM1.631 bilion bagi pengguna di Sabah dan Labuan untuk tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Beliau juga menyifatkan keputusan mengekalkan tarif itu di Sabah dan Labuan sebagai jelas membuktikan keprihatinan kerajaan yang sentiasa meletakkan kesejahteraan dan kepentingan rakyat sebagai teras, sekali gus menepati usaha kerajaan untuk mengurangkan beban hidup mereka.

Ditanya mengenai alasan kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hanya untuk tempoh enam bulan, Ongkili menjelaskan, sistem Insentif Berasaskan Peraturan (IBR) yang diguna pakai sebagai asas semakan tarif di Semenanjung sejak tiga tahun lepas masih belum dilaksanakan di kedua-dua kawasan Malaysia Timur itu.

“(Oleh itu) diharapkan sistem ini boleh dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan selepas Jun tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Boleh Guna Akta 655 Tamat Kemelut Air Selangor

14/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau Akta 655 untuk mengambil...

BN Kota Marudu Siap Sedia Latihan Jentera Pilihan Raya

12/02/2018
0

KOTA MARUDU - Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya di kesemua 57 daerah mengundi dan berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd