• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Raub Kembali Meningkat

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, meningkat sedikit kepada 220 orang sehingga 4 petang ini, berbanding 212 orang tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata mangsa paling ramai ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia sebanyak 104 orang daripada 28 keluarga.

“Empat lagi PPS beroperasi di Sekolah Kebangsaan Chenua menempatkan 45 orang daripada 10 keluarga, Masjid Jamek Kuala Semantan (31 orang daripada sembilan keluarga), Balai Raya Sega Lama (30 orang daripada lima keluarga) dan Balai Raya Kampung Temau (10 orang daripada tiga keluarga),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zainal berkata tahap air Sungai Lipis di Stesen Batu Malim yang berada pada paras amaran tengah hari tadi, kini kembali normal dengan kedalaman 113.8 meter dan menunjukkan trend menurun.

Sementara Sungai Dong dan Sungai Gali masih lagi berada pada paras amaran pada kedalaman, masing-masing 117.6 meter dan 122.5 meter dengan menunjukkan trend penurunan.

Selain itu, beliau berkata Jalan Sangkela ke Chenua ditutup kepada kenderaan ringan berikutan dinaiki air sedalam 0.3 meter melibatkan jalan sepanjang 50 meter. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Pelajar ILP Melaka Terlepas Tali Gantung

Next Post

Banjir: Satu Pusat Pemindahan Masih Dibuka Di Kedah

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Banjir: Satu Pusat Pemindahan Masih Dibuka Di Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd