• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Tanah: Kerajaan P.Pinang Tak Beri Angka Tepat

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow hari ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak  memberikan angka yang tepat berhubung penjualan tanah yang dilakukan mereka di negeri itu.

Beliau berkata berdasarkan rekod yang dikumpulkan menerusi laporan media dan rekod rasmi kerajaan negeri, kerajaan DAP telah menjual 5,446.8 ekar (2204.24 hektar) sepanjang sembilan tahun memerintah negeri itu berbanding semasa era pentadbiran BN yang menjual 3,661 hektar dalam tempoh puluhan tahun.

“Angka tidak akan berbohong. Rakyat Pulau Pinang kehilangan secara puratanya 1.7 ekar tanah (0.688 hektar)  setiap hari sejak sembilan tahun yang lalu. Keluasan tanah itu  boleh membina 204 unit rumah kos sederhana rendah yang berharga RM72,500 semasa tempoh pentadbiran BN. Ini bermakna rakyat negeri ini telah kehilangan peluang untuk memiliki 204 unit rumah kos sederhana rendah setiap hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya melihat pada angka itu, ia menunjukkan  seolah-olah kerajaan negeri Pulau Pinang  melaksanakan  jualan tanah ‘jumbo’ yang turut melibatkan penjualan tanah  di Taman Manggis, Bayan Mutiara, Gurney Drive, Peel Avenue dan  Permatang Damar Laut.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dilapor pernah membandingkan bahawa  kerajaan negeri era BN sebelum 2008 mengutip RM1.0586 bilion  melalui penjualan 3,661 ekar tanah, manakala kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang  pula hanya menjual 106.1 ekar tanah tetapi berjaya mendapat hasil lebih tinggi sebanyak RM1.1102 bilion.

Mengulas lanjut, Teng berkata  kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh membandingkan hasil yang mereka peroleh ketika ini dengan harga yang diperoleh BN ketika itu memandangkan nilai tanah tidak lagi sama.

“Jadi, masa BN memerintah dahulu dari tahun 90-an hingga 2008, harga tanah pada waktu itu tidak setinggi sekarang, tidak  bolehlah pihak kerajaan negeri membandingkan hasil yang mereka terima sekarang dengan hasil yang BN terima ketika itu.

“Janganlah kelirukan rakyat dengan angka yang tidak tepat  kerana apa yang kami peroleh ini adalah berdasarkan data yang tepat,” katanya. –  BERNAMA

Tags: Jual TanahTeng Chang Yeow
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Apung Bot Karam Di Pulau Layak

Next Post

Pencuci Pinggan Warga India Dijel Sebulan Kerana Curi

Related Posts

PH Tak Pernah Jual Tanah Milik Kerajaan – Guan Eng

09/10/2019
0

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan walaupun wujud dakwaan menyatakan sebaliknya. Menteri...

Kes Saman Fitnah Guan Eng, Chang Yeow Selesai

06/05/2019
0

GEORGE TOWN - Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN)...

Next Post

Pencuci Pinggan Warga India Dijel Sebulan Kerana Curi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd