• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeti Feri Langkawi Diswasta Tingkat Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan sedang menjalankan proses menswastakan beberapa jeti persinggahan feri di pulau peranginan ini sebagai langkah untuk meningkatkan tahap perkhidmatannya, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau berkata pendekatan itu sejajar dengan perkembangan perkhidmatan feri yang merupakan salah satu penghubung antara pulau ini dan tanah besar Semenanjung Malaysia.

“Pendekatan ini lebih berorientasikan perniagaan dan kita dapat menggembleng sumber swasta yang seterusnya dapat meningkatkan tahap perkhidmatan dan keselamatan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan MV Success, feri pengangkutan kenderaan dan penumpang, di Pelabuhan Tanjung Lembong di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi proses penswastaan jeti itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan lagi sistem feri di negara ini supaya setaraf dengan sistem perkhidmatan serupa di Eropah.

“Kita mengharapkan syarikat-syarikat yang mengusahakan perkhidmatan feri ini untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan dan keselamatan agar pengguna lebih yakin untuk menggunakannya,” kata beliau.

Sementara itu, MV Success yang akan memulakan perkhidmatan esok, merupakan feri terbesar di Malaysia dan pertama beroperasi membawa kenderaan dan penumpang untuk laluan Kuala Kedah-Langkawi.

Feri jenis “Roll-On, Roll-Off” (RORO) milik Dragon Star Shipping Sdn Bhd dan Goldhill Reward Sdn Bhd itu mempunyai kapasiti membawa 60 kereta dan 360 penumpang pada satu-satu masa.

Pengarah Urusan Dragon Star Shipping dan Goldhill Reward, Faizal Abdul Wahab berkata feri itu disediakan dengan pelbagai kelengkapan untuk keselesaan penumpang sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

Beliau berkata kedua-dua syarikat berkenaan akan melancarkan sebuah lagi feri jenis RORO yang memberi perkhidmatan tambah nilai tahun depan, selain menambahkan jumlah feri penumpang miliknya kepada lapan unit daripada tiga unit yang sedang beroperasi sekarang.

“Apa yang menjadi kebanggaan kami adalah kesemua feri ini dibina menerusi kepakaran tempatan dan pekerja kami juga terdiri daripada orang tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: jeti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

25/03/2025
0

Sekinchan: Dua jeti pendaratan ikan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Bagan Sekinchan, di sini, hari ini. Turut terbakar...

Sasar Sarang Dadah Di Jeti, Pesisiran Pantai

23/04/2022
0

Port Dickson : Polis merampas pelbagai jenis dadah dan menahan 41 individu ketika operasi mensasarkan kawasan jeti serta pesisiran pantai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd