• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Shahnon Ahmad Selamat Dikebumikan

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI — Jenazah Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi di sini selepas solat Zuhur hari ini.

Shahnon, 84, meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang akibat pneumonia kira-kira 7.30 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Wan Fatimah Wan Salleh, 82, tiga anak berumur antara 54 hingga 58 tahun, 14 cucu serta tiga cicit.

Anak sulungnya, Norhayati, 58, berkata allahyarham sepatutnya pulang ke rumah hari ini setelah dimasukkan ke hospital empat hari lepas.

“Arwah bapa dimasukkan ke hospital setelah mengalami batuk dan hasil pemeriksaan mendapati beliau menghidap pneumonia,” katanya kepada pemberita di sini.

Mereka sekeluarga pada awalnya berasa gembira kerana pihak hospital membenarkan bapanya pulang ke rumah, namun terkejut menerima berita kematian Shahnon.

Norhayati, yang menyifatkan arwah bapa sebagai seorang yang mementingkan pendidikan keluarga, memberitahu bahawa allahyarham juga amat rapat dengan cucu-cucunya dan selalu bertanya perkembangan pendidikan mereka meskipun keadaan kesihatan semakin merosot.

“Beliau sering mengingatkan cucu dan cicitnya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi,” katanya.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, yang turut hadir pada majlis pengebumian akllahyarham, menyifatkan beliau sebagai sasterawan yang gemar menghasilkan karya menyentuh kisah masyarakat sekeliling.

“Antara karya beliau yang paling meninggalkan kesan dalam bidang kesusasteraan adalah ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ yang mengajar pembaca erti kesusahan hidup.

“Kesusahan hidup yang dilalui watak utama dalam novel tersebut memberi motivasi kepada pembaca supaya lebih tabah dan sabar dalam kehidupan terutama ketika zaman kegawatan ekonomi, di mana tanpa usaha dan pengorbanan sesebuah kejayaan dan kesenangan tidak mudah dikecapi,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor berkata allahyarham bukan sahaja seorang sasterawan negara malah boleh dianggap sebagai pejuang negara.

“Negara kehilangan seorang lagi pejuang negara dalam bidang kesusasteraan dan saya berharap kehilangan ini dapat diganti dengan tunas baharu (sasterawan) agar kita tidak ketandusan sasterawan seperti beliau,” katanya. – BERNAMA

Tags: shahnon ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hebat Ranjau Sepanjang Jalan: Hebat Lagi Shahnon Ahmad!

24/07/2016
0

Tahun ini genap 50 tahun novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) berada di pasaran. Novel ini antara karya Magnum Opus Sasterawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd