• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Hak Milik Felda: Polis Akan Panggil Isa Samad

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk memberi keterangan pada minggu depan berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ketika ini PDRM hanya mengambil keterangan daripada saksi-saksi lain terdiri daripada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Felda serta Pejabat Daerah dan Tanah.

“Apa yang penting ialah keterangan daripada pengadu itu sendiri yang membuat laporan polis pada 12 Disember lepas. Mungkin esok atau lusa, PDRM akan mendapatkan percakapan daripada pengadu apabila pengadu tiba di Kuala Lumpur.

“Kita akan tengok dan kita akan dapat segala dokumen berkaitan bagaimana keputusan dibuat dan sebagainya, sudah tentu kita tahu memang Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda (ketika itu) dan dia ada kaitan dengan keputusan untuk melabur,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini hari ini.

Noor Rashid berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan kerana penipuan dan pemalsuan dokumen.

Beliau berkata PDRM akan menganalisis segala rakaman percakapan dan dokumen yang diperoleh sebelum melengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat ini.

Jumaat lepas, PDRM menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Pada 21 Disember lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Sementara itu, majlis pemakaian yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman menyaksikan pegawai dan anggota polis dinaikkan pangkat antaranya Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan bertukar menjadi Timbalan Pengarah E1 Bukit Aman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Pahang, Datuk Jamaludin Kudin menjadi Timbalan Ketua Polis Pahang baharu. – BERNAMA

Tags: Isa Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

10/02/2026
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, 76, akan menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan...

Isa Samad Bayar Jaminan RM700,000, Fail Notis Rayuan

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd