• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Harith Jawab Kecaman Sambut Krismas

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NETIZEN kebelakangan ini memang tak ada etika langsung di media sosial, ada sahaja yang tak kena di mata dan mereka pun tidak segan silu menzahirkan ‘kebencian’ mereka terhadap sesuatu.

Tetapi adakalanya, bagus juga ada ‘ejen-ejen kecil’ yang memberi peringatan kepada figura terkenal ini lebih menjaga kelakuan mereka!

Beberapa hari yang lalu, isteri kepada pengacara dan pelawak Harith Iskander telah memuat naik gambar berlatar belakangkan pokok Krismas.

Pada 25 Disember lalu, Jezamine Lim dalam laman Instagramnya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua pengikutnya sambil memaklumkan beberapa hidangan tradisional Krismas yang dimasak olehnya seperti ayam dan kambing panggang.

Namun, gambar doktor berdarah kacukan Cina dan India yang memeluk Islam pada tahun 2010 yang lalu itu menerima kecaman daripada sesetengah pihak.

Ada yang mempertikaikan tindakannya yang menyambut perayaan Krismas biarpun sudah memeluk agama Islam.

Tidak berdiam diri, rata-rata netizen menyokong dan mengecam individu yang mengkritik keluarga Harith Iskander kerana menyambut perayaan berkenaan.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Jezamine memberitahu bahawa dia memaafkan semua individu yang mengkritiknya kerana menyambut Krismas.

https://www.instagram.com/p/BdKlMg0FZF0/

Harith Iskander Musa berkahwin doktor dan model sambilan itu pada 12 Jun 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Hmm….tapi kan Dr. Jezamine Lim, kepercayaan orang Islam dan Kristian tentang kewujudan Nabi Isa tu amatlah berbeza. Mungkin boleh buat kajian lagi sebelum ‘sekolahkan’ orang lain. Hanya cadangan daripada kami! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Harith IskandarJezamine Limkrismas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Charles III Berkongsi Kad Pertama Krismas Selepas Naik Takhta

Raja Charles III Berkongsi Kad Pertama Krismas Selepas Naik Takhta

13/12/2022
0

LONDON: Keluarga diraja Britain berkongsi kad ucapan sempena Krismas yang menampilkan wajah Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camelia, lapor...

Majlis Ulama Larang Umat Islam Ucap ‘Selamat Hari Krismas’

15/12/2021
0

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara melarang umat Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada penganut Kristian yang menyambutnya. CNN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd