Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kedudukan Exco PAS Di...

SHAH ALAM - Anggota exco daripada PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor dan...

Ustaz Kazim Masuk Hospital...

IPOH - Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai...

Zakir Naik Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Hasil semakan Kementerian Dalam Negeri mendapati pendakwah dari India, Dr....

Kerajaan Persekutuan Lulus 11...

ALOR SETAR - Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan...

Hukuman Penjara 2 Tahun Bekas Pengurus Besar

PUTRAJAYA – Bekas Pengurus Besar Sime Darby Engineering Sdn. Bhd., Md Zaki Othman kekal menjalani hukuman penjara dua tahun bagi dua kesalahan rasuah berhubung bayaran set perabot berjumlah RM64,200, selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan semakannya.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Rohana Yusuf sebulat suara menolak permohonan Md Zaki, 55, bagi menyemak keputusan panel terdahulu (Mahkamah Rayuan) yang mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Rohana berkata panel itu berpuas hati bahawa permohonan tersebut tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan bagi permohonan semakan.

“Kami bersidang pada hari ini bukan untuk mengkaji semula isu yang telah dibangkitkan oleh perayu, oleh itu permohonan ditolak,” katanya yang bersidang bersama-sama Hakim-hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Md Zaki yang diwakili peguam Harjinderjit Singh dan Hisyam Teh Poh Teik memfailkan permohonan semakan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Ogos 2017 yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara bagi tuduhan menerima dan meminta suapan berupa bayaran untuk set perabot itu sebagai dorongan bagi Abdul Salam Ahmad mendapatkan Surat Hasrat bagi satu projek.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di dua tempat iaitu di rumahnya di Jalan Austin Perdana 2/11, Taman Austin Perdana, Johor, pada 10 pagi, 14 Dis 2007, dan di Europe Asia Furniture Expo Sdn Bhd, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor, pada 28 Nov 2007.

Pada 8 Ogos 2017, Mahkamah Rayuan telah menggugurkan tiga tuduhan meminta suapan berupa tiga utas jam tangan berjenama iaitu Rolex, IWC dan Hublot bernilai RM114,680 daripada Abdul Salam sebagai upah membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung satu kontrak selepas membenarkan rayuan Md Zaki.

Pada 30 Mei 2016, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman mengurangkan hukuman penjara daripada 27 tahun kepada 10 tahun terhadap Md Zaki bagi lima pertuduhan rasuah itu selepas membenarkan rayuannya.


Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman dua tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Pada 12 April 2012, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM168,000 atau 18 bulan penjara bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua hukuman penjara lima tahun dan denda RM108,500 atau 20 bulan penjara.

Bagi pertuduhan ketiga dia dihukum penjara lima tahun dan denda RM153,000 atau 20 bulan penjara; pertuduhan keempat hukuman penjara enam tahun dan denda RM164,900 atau 24 bulan penjara; dan pertuduhan kelima hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM300,000 atau 30 bulan penjara.

Kesemua hukuman penjara itu berjumlah 27 tahun dan denda berjumlah RM894,400 selepas Mahkamah Sesyen memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan secara berasingan.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA

Kategori