• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hua Rancang Pembangunan Dengan NPK RM800 Juta

oleh AK-47
30/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, Hua Yang Bhd. merancang untukmemperkenalkan projek bercampur dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM800 juta di Kajang, Selangor, terdiri daripada pangsapuri berperkhidmatan, unit runcit dan rumah mampu milik.

Ia adalah susulan pengambilalihannya ke atas pemaju hartanah lain, Kajang Heights Development Sdn. Bhd. beserta lapan hektar tanah pegangan bebas pada jumlah bayaran belian RM70 juta.

Pembelian tersebut seiring dengan objektif syarikat untuk memperluaskan kedudukannya di Lembah Klang, menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hua Yang, Ho Wen Yan berkata Lembah Klang kini menyumbang 31 peratus kepada perolehan keseluruhan syarikat setakat suku kedua pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018.

“Menerusi penambahan pembelian tanah di Lembah Klang dengan tumpuan kepada penetapan harga mampu milik, kami akan berada di kedudukan lebih baik untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Pembelian yang dibiayai dana dalaman dan/atau pinjaman bank itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas operasi perniagaan syarikat, menurut Hua Yang.

Sekiranya tiada sebarang kekangan, pembelian itu dijangka diselesaikan menjelang suku pertama tahun kewangan 2019.

Hua Yang setakat ini memiliki simpanan tanah belum dibangunkan keseluruhan 189.8 hektar dengan NPK berpotensi RM4.5 bilion. – BERNAMA

Tags: Ho Wen Yan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd