• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hanya Ini La Bakti Buat Ayah Dari Saya’

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERANANG – “Penat macam mana pun, saya mesti lari jenguk ayah sekejap sebab dia amanah dan tanggungjawab saya,” kata M Azren, 45, anak sulung kepada warga emas yang hidup sendirian sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut Azren, bapanya, Abdul Moulud Hussin, 70, menetap sendirian di rumah yang terletak di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, di sini manakala mereka tiga beradik yang sudah berumah tangga tinggal berasingan.

“Balik kerja saja, inilah tempat pertama saya tuju, isteri pun sudah faham.

“Biasanya saya akan uruskan keperluan ayah termasuk membelikan makanan, membasuh pinggan mangkuk dan mengangkat air di sungai.

“Dulu sebelum terlantar dia boleh mandi sendiri, tapi sekarang hanya dilap dengan tuala basah,” katanya ketika ditemui pada program gotong-royong amal Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih (GPS) dan Persatuan Bomba Sukarela Beranang di rumah bapanya, di sini.

Sampah-sarap dan barangan tidak terpakai sejak lebih tiga tahun lalu itu antaranya plastik, akhbar lama, botol plastik, tilam dan bantal buruk, meja uzur dan pakaian dibuang menggunakan lori muatan satu tan milik penduduk kampung.

Menurutnya, dia pernah menyuarakan hasrat mengemas rumah berkenaan namun bapanya enggan barangan berkenaan dialihkan hingga lama-kelamaan menjadi timbunan sampah.

“Bukan saya tak mahu membawa ayah menetap bersama, tetapi saya sudah berkeluarga dan tinggal bersama ibu mentua di Kampung Paya.

“Sebagai anak, hanya inilah saja mampu saya lakukan buat ayah memandangkan saya bukan orang senang, malah demi menghormati permintaannya, tak pernah sekalipun saya berani mengusik barangannya di rumah ini.

“Saya juga pernah banyak kali ajak ayah pergi hospital, namun dia enggan kerana seumur hidupnya memang tak pernah ke hospital,” katanya yang bekerja sebagai pemotong rumput di Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Abdul Moulud berkata, ketiadaan masa dan keupayaan membuatkan dia tidak mampu mengemas rumah sendirian hingga mengakibatkan rumah itu semakin hari menjadi timbunan sampah.

“Dulu saya sibuk cari rezeki dari pagi sampai malam. Kini, apabila terlantar, saya tidak larat.

“Saya lega dan terharu lihat rumah ini kembali bersih dan berseri. Terima kasih kepada penduduk kampung dan GPS yang membantu mengemas dan membersihkan rumah ini,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia berniaga kelapa dan anak benih sayuran secara kecil-kecilan di Jalan Besar di sini sejak 2015 untuk menyara hidupnya selepas berhenti bekerja dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya dan bekas isteri bercerai hidup sejak puluhan tahun lalu. Semua anak saya membesar bersamanya.

“Bagi menyara hidup, setiap hari saya berulang sejauh 2 kilometer (km) dengan motosikal untuk berniaga dengan pendapatan sehari tidak menentu antara RM20 hingga RM30 sehari kadangkala langsung tiada,” katanya. – myMetro Online

Tags: anakwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd