• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hael Tahu Apa Saya Nak, Saya Terima Dia” – Amira

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUGAS paling ‘berat’ sebagai seorang komposer adalah untuk menemui keserasian antara lagu yang dicipta dengan penyanyinya; jika kedua-dua lagu dan nyanyiannya ‘ngam’, memang meletup-letup single yang dikeluarkan itu!

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini kini semakin menjadi rebutan ramai penyanyi baharu.

Selepas lagu nyanyian dan ciptaannya sendiri yang bertajuk Jampi bagaikan ‘sihir’ kepada pendengar, semakin ramai penyanyi mahu bekerjasama dengannya.

Kini, penyanyi Amira Othman telah berjaya mendapatkan Hael untuk bekerjasama dengannya menerusi lagu baharunya, Mimpi Indah.

Sebelum ini, lagu Hati-Hati nyanyian Amira pernah dikomposkan oleh Hael sendiri dan lagu tersebut telah menjadi runut bunyi bagi drama Sha & Shah lakonan Kamal Adli dan Syatilla Melvin.

Amira dikatakan sangat kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh bekas anggota kumpulan duo Azhael itu.

Selain Amira, banyak lagi lagu yang mendapat sentuhan daripada Hael, antaranya lagu Girl (Dafi), Semua Untuk Cinta (Indah Ruhaila), Rempuh (Black dan Tomok), Dia (Dayang Nurfaizah), Cemburu dan Pematah Hati (Nabila Razali) serta banyak lagi.

“Selepas Hati-Hati, secara tidak langsung saya percaya Hael lebih tahu arah tuju dan genre lagu yang sesuai dengan saya. Dia seorang komposer yang sangat kreatif.

“Selalunya, saya menyukai idea yang dicetuskan olehnya. Malah, kami juga boleh dikatakan mempunyai pendapat lebih kurang sama dalam perbincangan berkaitan pembikinan lagu,” kata Amira dipetik daripada portal BH Online.

Selain itu, Amira yang juga pelakon bagi drama Abang Bomba I Love You, juga memberitahu bahawa lagu Mimpi Indah diterbitkan oleh Edry Abdul Halim dan bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

“Sekarang, kami masih dalam proses menyunting video muzik lagu berkenaan. Andai tiada aral melintang, lagu ini akan mula dipromosikan dalam masa terdekat.

“Ketika ini, saya berehat seketika daripada lakonan bagi memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian, yang ditinggalkan sejak setahun lalu,” katanya lagi.

Iyalah, sebelum ni Amira ada mengaku bahawa dia sangat memilih kalau bab lagu ni. Mungkin Hael adalah orang yang sesuai bagi memberikan yang terbaik untuk Amira bagi lagu baharunya.

Nampaknya Hael pun dah jadi rebutan ramai penyanyi. Boleh tahan juga Hael ni ya… Berbakat besar dan sentiasa berikan yang terbaik untuk industri hiburan tempatan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: amira othmanHael HusainiJampiKomposerMimpi Indah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Zyn Nakal Didenda RM2,800

30/08/2019
0

AMPANG JAYA - Penyanyi Zyn Nakal didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan mendatangkan cedera...

Artis ‘Baru Nak Up’ Ditahan Polis

29/08/2019
0

PENYANYI lelaki yang juga komposer lagu berbakat ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd