Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

YDP Agong Solat Jumaat...

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menunaikan...

Rumah Baru Tahfiz Ittifaqiyah...

TATKALA seluruh negara sedang menangisi pemergian tragis anak-anak sekolah tahfiz Pusat Tahfiz Darul...

Layanan Baik Seorang Pengawal...

SEBUAH kisah yang asalnya dikongsikan oleh saudara Farid Hanif menerusi pautan gambar di...

Hasilkan Lebih Banyak Jenis...

KOTA BHARU - Penanam perlu mengusahakan lebih banyak jenis orkid baharu demi memastikan...

Gebenor Jeneral New Zealand Berlepas Pulang

SEPANG – Gobernor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Redy berlepas pulang hari ini setelah melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara New Zealand dan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, yang juga menteri pengiring, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, John Subritzky.

Lawatan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V itu merupakan kunjungan sulung Dame Patsy ke Malaysia sejak menjadi Gabenor Jeneral New Zealand pada September 2016.

Kali terakhir lawatan negara Gabenor Jeneral New Zealand ke Malaysia dilakukan Dame Silvia Cartwright dari 27 Sept hingga 1 Okt 2004. -BERNAMA

Kategori